• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemeriksaan Percuma Puspakom Sehingga 15 Julai 2015

Pemeriksaan Percuma Puspakom Sehingga 15 Julai 2015

July 7, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

pandulajudotcom_9014PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) menawarkan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara bermula 6 Julai hingga 15 Julai 2015 bersempena perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammed Shukor Ismail berkata, Puspakom menawarkan 5,000 pemeriksaan kenderaan persendirian sukarela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian di seluruh negara dalam tempoh 10 hari.

“ Saya berharap melalui kempen pemeriksaan kenderaan persendirian percuma ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan dalam memastikan keselamatan kenderaan dan membantu mengurangkan kemalangan di atas jalan raya,” katanya.

pic 000_pandulajudotcomPemeriksaan Kenderaan Persendirian Sukarela secara percuma ini merangkumi 25 peringkat pemeriksaan yang menyeluruh. Antaranya Ujian Pengeluaran Asap, Gelincir Sisi, Bahagian Atas & Bawah Kenderaan, Brek, Ketelusan Cermin, Keadaan Tayar dan Rim, Keadaan Ekzos dan sebagainya.

Para pelanggan boleh membuat temujanji dengan menelefon cawangan-cawangan Puspakom yang berdekatan terlebih dahulu untuk mendapatkan waktu pemeriksaan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pemeriksaan percuma bolehlah menghubungi talian bebas tol Puspakom 1-800-88-6927 atau layari laman www.puspakom.com.my untuk mendapatkan senarai cawangan Puspakom di seluruh negara.

Jadual pemeriksaan percuma adalah seperti berikut:

Jadual Puspakom

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hari raya, Mohammed Shukor Ismail, Pemeriksaan Kenderaan Sukarela, Pemeriksaan Percuma, PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev