• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB300R - Sportbike 300cc Gaya Neo Retro Lancar di Thailand

Honda CB300R - Sportbike 300cc Gaya Neo Retro Lancar di Thailand

January 17, 2018 By ZY Leave a Comment

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


สวัสดีครับ buat pembaca setia kami di Thailand. Ada berita baik buat anda semua, khususnya peminat motosikal gaya retro yang mahukan prestasi ala sportbike.

Mengikut jejak langkah CB150R ExMotion yang dilancarkan September tahun lalu, kali ini AP Honda selaku pengedar motosikal Honda di Thailand, melancarkan pula abangnya (atau adik?), iaitu CB300R yang lebih berkuasa.

HONDA CB300R
HONDA CB150R EXMOTION

Sekali imbas, tidak banyak perbezaan visual antara kedua-dua jentera itu. CB300R sama seperti CB150R ExMotion, dilengkapi lampu utama LED gaya retro, fork depan terbalik (USD) dengan kaliper brek radial, dan panel meter digital penuh.

Berkongsi konsep rekabentuk Neo Sports Cafe, perbezaan dua jentera itu hanya mudah dikenal pasti apabila diletakkan sebelah menyebelah, terutama jika dipandang dari arah belakang.

BACA >>> Perang Segmen Sportbike 150cc di Indonesia, Honda CB150R Streetfire Paling Laris!

Tidak seperti CB150R ExMotion dengan rekaan peredam bunyi di bawah enjin, tabung peredam CB300R lebih besar dan disisipkan ke sebelah kanan. Selain itu, subfrem yang menyokong pelana CB300R pula lebih terdedah, manakala subfrem CB150R Exmotion pula disorokkan penutup plastik bagi memberikan ilusi visual lebih gagah.

Pandulaju-Honda-CB300R-4
Pandulaju-Honda-CB300R-6
Pandulaju-Honda-CB300R-7
Pandulaju-Honda-CB300R-5

KUASA CUKUP MAKAN

Dari segi prestasi, seperti anda dapat jangka, CB300R dijana enjin lebih berkuasa, cuma bukan 300cc, tetapi secara spesifik - 286cc. Enjin silinder tunggal, DOHC penyejukan cecair itu, menurut Honda, mampu menjana kuasa setinggi 30.9hp pada 8,500rpm dan tork 27.5Nm seawal 7,500rpm.

Tidak begitu memuaskan kepada mereka yang berjiwa kelajuan, tetapi bagi jentera berkonsep retro, prestasi CB300R boleh dikira cukup makan, terutama mereka yang gemarkan tunggangan santai.

BACA >>> Honda CB150R ExMotion - Motosikal Neo-Retro 150cc Pertama Honda Dilancarkan di Thailand

Tanda harga masih belum diumumkan. Seperti anda bayangkan daripada CB150R Exmotion yang dilancarkan sebelum ini, CB300R dijangka ditawarkan pada harga lebih premium untuk jentera saingan kelas 300cc. Sekali lagi dimaklumkan, pelancaran model berkenaan adalah khas pasaran Thailand sahaja. Buat pembaca di Malaysia, mari berhuhu huhu sajalah 😉

VIDEO

Related

539
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AP Honda, CB150R Exmotion, Hond, Honda, Honda CB300R, motosikal, Neo Sports Café, Roda, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev