• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Diesel (2018) Tiba di UK, Harga Bermula £20,120 (RM109,607) Sahaja

Honda Civic Diesel (2018) Tiba di UK, Harga Bermula £20,120 (RM109,607) Sahaja

January 16, 2018 By Han Othman 1 Comment

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA UK menambah anggota baharu dalam famili Civic menerusi model diesel yang dijadualkan tiba di semua pengedar seluruh negara itu bulan depan.

Dijual pada harga bermula £20,120 (RM109,607), Civic diesel didatangkan dalam opsyen empat varian. Paling basis ialah varian S (manual 6-kelajuan), disusuli SE, SR dan EX yang dibezakan menerusi trim.

EX dijual pada harga £24,925 (RM135,783) dengan pilihan pakej Tech Pack bernilai £600 (RM3,268) yang menampilkan ciri tambahan seperti lampu utama LED dengan pencuci, lampu kabus LED, kerusi belakang dengan pemanas dan pengecas telefon wayarles.

ENJIN DIESEL TERMAJU

Menurut Honda UK, ketibaan varian diesel itu melengkapkan lagi barisan famili Civic hatchback di Britain. Enjin digunakan, 1.6L i-DTEC ialah unit termaju yang pernah dilancarkan Honda di pasaran dengan menawarkan spesifikasi dan harga kompetitif di pasaran.

BACA >>> Honda Civic Type-R Catat Rekod Baru FWD di Nürburgring

Honda Civic dengan nadi 1.6L menghasilkan kuasa 118hp, dan tork 300Nm menerusi transmisi manual 6-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 10.4 saat, manakala catatan kecekapan bahan api ialah 76.2mpg (32.9km per liter) dengan kadar emisi cuma 99g/km.

Jika berminat dengan transmisi automatik yang dipadankan dengan enjin diesel Honda, anda perlu menunggu hingga awal musim panas nanti untuk pasaran seluruh Britain.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Diesel (2018), Honda UK, Roda4, Segmen C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my