• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen

Ford Mustang Bullit (2019), Jelmaan Semula Kereta Ikonik dalam Filem Steve McQueen

January 17, 2018 By Han Othman 1 Comment

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Mustang Bullitt (2019) melakukan debut di Detroit sempena Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 sebagai memperingati ulang tahun ke-50 filem Bullit yang dilakonkan aktor Hollywood terkenal, Steve McQueen.

Di sebalik Mustang Bullit (2019) ialah enjin Ford 5.0L Coyote V8 versi talaan semula dengan kuasa 475hp dan tork 569Nm yang cukup melonjakkan kelajuan kereta sport hasil inspirasi filem itu mencecah 262kmj, yakni 12kmj lebih pantas berbanding Mustang GT standard.

BACA >>> Mod 'Quiet' Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

Opsyen transmisi cuma manual 6-kelajuan dengan tombol gear bola kiu, manakala brek Brembo diapit kaliper merah, juga ciri standard Mustang Bullit ini.

Perbezaan lain berbanding Mustang GT standard ialah gril hitam tanpa lencana dalam bingkai krom, rim hitam berkilat 19-inci 'torque-thrust' dan lencana Bullit di belakang. Model ini didatangkan dalam dua warna: Shadow Black (hitam) dan Dark Highland Green (hijau gelap -  sama seperti kereta dalam filem).

PAKEJ PREMIUM

Mustang Bullitt (2019) juga dilengkapkan ciri standard berupa Pakej Prestasi dan Mustang GT Premium. Barangan pilihan termasuk suspensi MagneRide, kerusi Recaro dan Pakej Elektronik Bullit yang ditambah ciri navigasi, cermin dan kerusi bermemori, sistem bunyi dinaik taraf, Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)

Menurut Ford, Mustang Bullit (2019) perlu memiliki ciri buas dan nakal sebagai profil supaya sepadan dengan jenama model sport itu, selain membezakannya dengan Mustang GT.

BACA >>> Inilah Sebab Ford Mustang 2016 Cuma Dapat Rating 2-Bintang dalam Euro NCAP?

Mustang Bullitt (2019) dijangka di pasaran tahun ini. Harga masih belum diumumkan, tetapi dijangka dijual pada harga antara Mustang GT - AS$35,000 (RM138,652) dan Shelby GT350 - AS$57,000 (RM225,805).

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bullit, filem Bullit, Ford, Ford Mustang, Ford Mustang Bullit (2019), NAIAS 2018, Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018, Roda4, Steve McQueen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev