• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Lexi 125, Skuter Kecil Menyengat yang Bakal Gegar Indonesia

Yamaha Lexi 125, Skuter Kecil Menyengat yang Bakal Gegar Indonesia

January 16, 2018 By Admin PanduLaju 4 Comments

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN skuter Indonesia tahun ini bakal meriah lagi dengan kehadiran adik kepada Yamaha N-Max, Lexi. Walaupun belum rasmi berada di pasaran, motosikal automatik itu sudah ditayangkan kepada wakil pengedar Yamaha Indonesia sempena majlis pengenalan produk 2018.

Selepas meneliti beberapa portal automotif Indonesia, skuter bersesaran 125cc itu ialah produk hasil rekaan warga Indonesia yang akan dipasang di kilang Yamaha di Pulo Gadung, Jakarta Timur. Bagaimanapun, maklumat mengenai spesifikasi skuter baharu itu tidak didedahkan.

BACA >>> #TunggangUji: Yamaha NVX 155 - Skuter Lincah, Mantap dengan CVT yang Menyeronokkan

Lexi hadir dengan absorber tunggal di belakang, dan dalam segmen skuter berada di bawah Aerox (Malaysia: NVX 155). Menurut laporan media automotif Indonesia, skuter itu akan dilengkapi kunci pintar dan sistem henti-mula sebagai standard. Khabarnya, turut disematkan ciri keselamatan imobiliser dengan sistem jawab semula (answer back) seperti Aerox. Tidak ketinggalan juga fungsi soket mengecas untuk peranti pintar.

GAYA TUNGGANGAN SANTAI


Wajah Lexi jelas menyerlahkan rekabentuk lampu depan bentuk 'U' bercirikan LED, berserta visor pengadang angin. Lampu depan turut digabungkan lampu signal, manakala panel indikator dalam bentuk LED digital penuh.  Saiz pelana yang lebih panjang memberikan gaya tunggangan santai seperi N-Max.

Bahagian lantai lebih luasa tanpa tangki yang menghalangi kaki - memudahkan penunggang wanita. Bahagian roda nampak seakan menggunakan rim sama, 14-inci seperti Aerox.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi 'Yamaha Blue Core'?

Lexi difahamkan menggunakan enjin 125cc berteknologi Aktuasi Injap Variabel (Variable Valve Actuation - VVA) Bluecore. Di pasaran skuter ini akan berentap dengan pesaing terdekatnya, Honda Vario 125 dan harga model itu dijangka tidak jauh berbeza. Ada kemungkinan Lexi dijual pada harga sekitar Rp19 juta (RM5,700).

GALERI

yamaha-lexi-10
yamaha-lexi-3
yamaha-lexi-8
yamaha-lexi-7
yamaha-lexi-9
yamaha-lexi-2
yamaha-lexi-6
yamaha-lexi-4
yamaha-lexi-1
yamaha-lexi-5

VIDEO

Breaking News ! Lexi 125 VVA Bluecore ! Teknologynya luar Biasa & Harganya Wow ! #vva #4valve #bluecore #Startstopsystem #Smartkey #hazard #yamahaindonesia #liveinhigherstage #yamaharacingindonesia #yamahasemakindidepan

A post shared by ABIDIN アビディ-Official (@abidin_san) on Jan 14, 2018 at 7:16pm PST

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aerox, motosikal, N-Max, NVX 155, roda2, skuter, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing, Yamaha Lexi, Yamaha Lexi 125, YIMM

Comments

  1. Davi says

    December 13, 2018 at 12:51 AM

    Wah bikin ngiler aja nih si lexi tp desain lampu belakang kurang memuaskan ngena

    Reply
  2. Mail Travel says

    July 29, 2022 at 3:43 PM

    Mudah mudahan ada rejekin biar bisa borong ni motor, amiin

    Reply
  3. Dani says

    September 28, 2024 at 7:10 PM

    bodi yamaha memang selalu lebih bagus

    Reply
  4. hartono says

    September 28, 2024 at 7:11 PM

    sangat mantaap dan bagus

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev