• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Ranger (2019) Lompat Kelas, daripada Kompak kepada Saiz Pertengahan

Ford Ranger (2019) Lompat Kelas, daripada Kompak kepada Saiz Pertengahan

January 16, 2018 By Han Othman 1 Comment

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS lebih separuh dekad, Ford memutuskan memperkenalkan semula model Ranger ke pasaran Amerika Utara sempena 2019 untuk dijadikan alternatif kepada trak pikap yang lebih kecil berbanding F-150.

Didedahkan secara rasmi pada Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018 atau Pameran Auto Detroit, Ranger baharu kali ini menampilkan rekabentuk lebih segar yang mampu menawan hati pasaran pembeli di Amerika. Tidak seperti versi terdahulu sebagai trak pikap kompak, Ranger (2019) kali ini tampil dengan kelibat trak pikap saiz pertengahan (mid size), antara segmen yang mencatatkan peningkatan permintaan di rantau sana.

Menurut Ford, segmen trak pikap seperti Ranger kini sedang mengalami pertumbuhan pasaran kira-kira 84 peratus pada 2017 dengan mencatatkan 452,000 jualan. Jadi, keputusan Ford mengembalikan semula Ranger dilihat tepat pada masanya untuk merebut pasaran yang sebelum ini didominasi model-model buatan Nissan, Toyota, dan General Motors (GM).

NILAI UNTUK WANG

2019-Ford-Ranger-11
2019-Ford-Ranger-14
2019-Ford-Ranger-12
2019-Ford-Ranger-6

Tambahan lagi, harga trak pikap saiz penuh mula jadi tidak terkawal hingga membuatkan ramai pembeli berpotensi mula beralih arah dan melihat kepada produk yang lebih memberikan nilai wang kepada mereka. Dan Ranger dijangka memberikan jawapan kepada dilema tersebut apabila dilancarkan tahun depan - 2019.

Rekabentuk Ranger (2019) dilihat lebih bercirikan Amerika berbanding model sedia ada. Panel badan direka semula dengan mengemas kini setiap sudut bahagian. Bonet dan belakang kereta dibuat daripada aluminium, manakala keseluruhan aerodinamik dioptimumkan untuk meningkatkan kecekapan bahan api.

BACA >>> Ford Ranger (2018) Kini Tampil 2 Warna Baharu - Putih dan Kelabu

Antara ciri baharu lain Ranger (2019) ialah penampilan bampar besi yang menjadi keunikan trak pikap gaya Amerika. Ini termasuk membariskan lapan warna luaran dan lapan rekaan rim. Malah, tiada varian Ranger yang didatangkan dalam bentuk cab biasa atau bahasa slanga Malaysia, 'standard pekak. Sebaliknya ditawarkan dalam konfigurasi SuperCab dan SuperCrew.

RINGAN DAN BERKUASA

2019-Ford-Ranger-8
2019-Ford-Ranger-16
2019-Ford-Ranger-10
2019-Ford-Ranger-9
2019-Ford-Ranger-17

Membuktikan kelasakan Ranger (2019) ialah penggunaan material yang sama diaplikasikan pada trak pikap saiz penuh seperti F-150, jauh berbeza berbanding Ranger pasaran global. Walaupun tiada butiran spesifikasi didedahkan, Ranger baharu dijangka dapat meningkatkan keupayaan dan kapasiti tundaan berikutan penambahbaikan material yang digunakan.

Di sebalik bonet ialah enjin 2.3L EcoBoost 4-silinder, juga enjin sama digunakan pada barisan kereta penumpang Ford. Bagaimanapun, versi trak pikap ini semestinya diberikan talaan baru supaya sesuai dengan karakter tugasan berat.

Sistem transmisi menggunakan kotak gear automatik 10-kelajuan, dan tiada versi manual ditawarkan. Ranger (2019) turut dibekalkan ciri keselamatan moden seperti sistem Pemantauan Titik Buta (BSM), sistem audio B&O, Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Tukar Lorong (LDW) dan banyak lagi.

BACA >>> Ford Ranger Terima Pengiktirafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Ranger (2019) turut dibekalkan sistem pengurusan rupa bumi dengan 4 mod pacuan, termasuk normal, rumput/kerikil/salji, lumpur/selut dan pasir serta apa saja situasi off-road

Kawalan Jejak (Trail Control) juga baharu bagi Ford yang berfungsi seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk pemanduan off-road. Pemandu boleh memilih kelajuan diingini dan kereta akan dipandu automatik dalam kelajuan itu ketika meredah sesuatu laluan off-road. Tetapan kelajuan pula boleh ditetapkan antara 1.6kmj hingga 32kmj.

DIjangka berada di pasaran pada suku pertama 2019. Apakah Ranger Malaysia juga akan mendapat kunjungan Ranger gaya Amerika ini? Bagaimana pula dengan harga?

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

178
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Ranger, Ford Ranger (2019), NAIAS 2018, Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2018, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev