• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Motorsport Manager: Jangan Tengok Saja, Jadi Pengurus Pasukan Lumba Sekarang!

Motorsport Manager: Jangan Tengok Saja, Jadi Pengurus Pasukan Lumba Sekarang!

January 15, 2018 By Suffian X 1 Comment

FacebookTwitter


MARI bertenang sebentar daripada realiti dunia permotoran. Buat kaki-kaki permainan simulasi komputer (sim) di luar sana, anda kini boleh mencuba bakat menguruskan pasukan lumba idaman dalam pelbagai siri perlumbaan seperti Formula Tiga (F3), GT hingga Formula Satu (F1). Walaupun nampak remeh jika mahu dibandingkan dunia permotoran sebenar yang lebih serius, permainan sim ini memang mampu memberi kesan ketagihan tinggi walaupun hanya permainan komputer!

Motorsport Manager dibangunkan Playsport Games dan SEGA sejak 2014. Selain komputer (PC dan Mac), permainan tersebut boleh dimuat turun menerusi sebarang peranti Android pada harga serendah RM65 di Steam. Permainan sim itu juga mempunyai 3 modul tambahan kandungan muat turun, iaitu Endurance Series, GT Series dan Challenge Pack, yang setiap satu bernilai RM19.

BACA >>> 10 Game Perlumbaan Terbaik 2016/2017

Slogan 'Stop Watching, Start Winning, TAKE CONTROL' (Berhenti Lihat, Mula Menang dan Ambil Alih) jelas menunjukkan keseriusan SEGA dalam membangunkan permainan sim pada tahap serealistik mungkin yang boleh dinikmati pengurus maya seperti anda.

PERMAINAN SERIUS UNTUK PEMAIN MATANG

img2
img1
motorsport-manager-1

Bagaimanapun, Motorsport Manager bukan permainan berunsur arked untuk kanak-kanak. Sebaliknya, direka khas buat penggemar simulasi,  khususnya peminat sukan lumba kereta yang mementingkan aspek ketelitian dan perincian rumit dalam gaya kepermainan.

Sebagai pengurus maya, anda boleh memilih pasukan dan kategori kejuaraan yang akan disertai. Jika mahukan keseronokan dan cabaran lebih tinggi, anda boleh tubuhkan pasukan ciptaan sendiri. Kecekapan menguruskan dua pemandu berserta dua kereta lumba untuk setiap siri perlumbaan adalah penting bagi memastikan kejayaan setiap musim. Lebih menarik, kejayaan tidak semudah disangka kerana bergantung kepada strategi perlumbaan masing-masing.

BACA >>> #Videotomotif: Godam Kereta untuk Main Game Lumba Mario Kart 64

Kepuasan pasti dinikmati apabila berjaya menyelesaikan segala proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi, pencarian pelumba, pembangunan HQ ataupun ketepatan konfigurasi kereta lumba untuk litar-litar tertentu dalam perlumbaan mendatang yang mampu menambahkan potensi kemenangan. Tidak ketinggalan kecekapan menguruskan bajet pasukan yang penting dalam menjamin kelancaran perjalanan pasukan sepanjang musim perlumbaan.

KEPERMAINAN REALISTIK

Tetapan jentera di trek basah? Selekoh tajam? Belokan dalam halaju tinggi? Semua itu perlu dilakukan anda. Malah, ketelitian pemilihan krew juga penting bagi mengoptimumkan kepantasan ketika di hentian pit. Setiap konfigurasi perlu ditala teliti supaya memenuhi kehendak trek dan pemandu.

Jangan terkejut, sesetengah peel pemandu memang berlagak diva jika keinginan mereka tidak tercapai. Ingat, dalam perlumbaan setiap saat begitu bermakna untuk meraih posisi membanggakan. Motorsport Manager memang permainan yang benar-benar mencabar pihak pengurusan.

BACA >>> Dunia Game dan Trek Bersatu, Pelumba Pandu Nissan GT-R Guna Alat Kawalan PlayStation

Perincian gaya kepermainan menarik dan elemen keterujaan membuatkan Motorsport Manager boleh dijadikan asas bagus kepada mereka yang mahu meluangkan masa mendalami arena permotoran. Cubalah!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, game, games, Motorsport Manager, permainan komputer, Playsport Games, SEGA, Steam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev