LAGI trak pikap kegemaran pembeli di Amerika Syarikat (AS) dilancarkan, Chevrolet Silverado 1500 (2019) yang kali ini dilembutkan kuasa tork kepada 610Nm berbanding model sedia ada dan ditambah pula opsyen enjin diesel. Tahun lalu, Silverado ialah kereta kedua yang mencatatkan jualan paling laris di AS, di belakang Ford F-Series.
Silverado serba baharu ini dikuasakan enjin V8 5.3L dan 6.2L Small Block yang dinaik taraf, bersama enjin diesel 3.0L turbo diesel serba baharu Duramax 6-sebaris.
BACA >>> 5 Kereta Paling Laris di Amerika Syarikat Sepanjang 2017
Tiada perincian ouput enjin didedahkan General Motors (GM) setakat ini. Namun, Ketua Pembangunan Produk Chevrolet, Mark Reuss mendakwa enjin baharu Silverado 1500 (2018) adalah lebih berkuasa berbanding enjin diesel baharu Ford F-150.
ENJIN DIESEL SERBA BAHARU
Enjin diesel dan 6.2L akan dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan Hydramatic, manakala 5.3L didatangkan dengan kotak gear automatik 8-kelajuan.
Silverado serba baharu ini juga mencatatkan pengurangan berat yang signifikan, iaitu 204kg, hasil daripada penggunaan material aluminium pada bonet, pintu dan pintu but. Sangkar keselamatan pula menggunakan tujuh gred besi berbeza dengan mengadunkan campuran material yang ringan dan kuat. Lengan kawalan (control arm) atas depan dibuat daripada aluminium, manakala spring belakang menggunakan material komposit karbon baharu yang dapat mengurangkan beberapa lagi kilogram daripada berat kenderaan.
BACA >>> Pemijak Pintu Belakang Chevrolet Bakal Jadi Inovasi Baharu Trak Pikap
Lantai atau bed juga dipertingkatkan dengan mengurangkan ruang yang dibazirkan antara dinding luar dan dalam bed tersebut. Hasilnya, trak pikap itu kini menambah 20 peratus ruang kargo bagi keseluruhan keluasan bed, iaitu 1,783 liter.
DALAMAN LUAS, MODEN
Silverado 1500 (2019) turut diberikan 12 poin ikat dengan rating daya maksimum 226kg dan disertakan pencahayaan bed menyeluruh, palam 120volt, bampar dengan pemijak sudut (cornerstep) yang besar. Menruut Chevy, bed Silverado adalah paling fungsional berbanding mana-mana trak pikap saiz penuh.
Keluasan kabin Silverado 1500 (2019) ditambah 3-inci untuk ruang kaki kerusi belakang dan turut disediakan tong simpanan 10 liter yang disepadukan pada kerusi belakang. Ini termasuk bekas simpanan 24 liter dalam kerusi baris kedua yang boleh digunakan untuk menyimpan aneka barangan peribadi. Seperti produk GM lain, Silverado menawarkan sambungan WiFi 4G LTE, aplikasi Apple Car Play dan Android Auto, pengecas telefon wayarles dan perisian onboard OnStar.
8 TRIM UNTUK DPILIH
Ada lapan trim ditawarkan Silverado 1500 (2019): Work Truck, Custom, LT, RST, LTZ, Custom Trailboss, dan High Country, termasuk trim baharu LT Trailboss yang debut di Texas.
'Work Truck' ialah model basis, manakala 'Custom' menawarkan lebih dciri tambahan berbanding 'Custom Trailboss'. LT ialah model pertengahan yang mana RST dan LT Trailboss duduk lebih atas. Tambahan trim atasan kali ini membariskan model LTZ dan High Country.
Model Trailboss ialah trim off-road premium yang menawarkan pakej Z71 bersama pengunci diferensial belakang, plat gelincir depan dan belakang, rim 18-inci dan tayar Goodyear Duratec dengan jarak gerbang roda setinggi 2 inci.
Harga belum diumumkan, dan dijangka berada di bilik pameran GM seluruh AS, tahun ini.
GALERI
SUMBER: AutoGuide
Leave a Reply