WALAUPUN terpaksa beraksi di litar basah, ia tidak menghalang Norizman Ismail merebut podium apabila berjaya meraih kemenangan bagi kategori Underbone 130cc pada Pusingan ke-3 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (FIM) yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun.
Norizman yang juga pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing mudah menamatkan enam pusingan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 18'33.199s iaitu 11.353s di hadapan pencabar terdekatnya Gupita Kresna Wardhana (Manual Tech KYT Rextor).
Sementara itu, Sasitharen Sukumaran (T Pro Yuzy Honda NTS) NTS pula meraih podium pertama dalam kelas Underbone 130cc setelah menamatkan perlumban di tempat ketiga dengan catatan masa 18'44.831s.
" Pasukan saya dapat menyediakan jentera yang sesuai untuk perlumbaan di litar basah, malah juga menggemari perlumbaan ini kerana memberi banyak kelebihan kepada diri saya" jelas Norizman.
KEPUTUSAN
Underbone 130cc - Pusingan Ke-3
1.Norizman Ismail (Honda) 18’33.199s
2.Gupita Kresna (Kawasaki) 18’44.552s
3.Sasitharen Sukumaran (Honda) 18’44.831s
4.Fareez Afeez (Yamaha) 18’56.788s
5.Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha) 19’04.996s
Leave a Reply