• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Perkenal Idea Tukar Bateri EV Kosong dengan Cas Penuh Macam Tong Gas Masak

Honda Perkenal Idea Tukar Bateri EV Kosong dengan Cas Penuh Macam Tong Gas Masak

January 14, 2018 By Han Othman Leave a Comment

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA baru saja menemui penyelesaian bijak tentang bateri kenderaan elektrik (EV), khususnya motosikal EV, iaitu menetapkan saiz standard bateri sesama pengeluar automotif.

Apakah yang kita lakukan apabila mendapati bateri alat kawalan jauh TV sudah habis? Keluarkan, dan gantikan dengan bateri baharu. Bateri itu boleh jadi dibeli baharu ataupun ambil saja bateri daripada perkakasan elektrik sedia ada seperti alat kawalan jauh penyaman udara, ataupun kereta api mainan si anak.

Kalau gas dapur habis? Gantikan tong gas kosong dengan tong gas berisi. Betul?

Ya, situasi bateri dan tong gas di atas adalah apa ditunjukkan Honda pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2018 di Las Vegas membabitkan barisan produk dengan pek bateri boleh cas yang distandardkan.

MOBILE POWER PACKS

Pada Oktober lalu, Honda memperkenalkan skuter EV spesifikasi pengeluaran, PCX Electric (gambar atas) dengan dua bateri mudah alih di bawah pelana. Kali ini sempena CES 2018, Honda mempamerkan bagaimana pek bateri itu, dipanggil 'Mobile Power Packs' boleh digunakan dan dikongsikan dengan mesin lain.

Ada pelbagai barisan produk Honda dipamerkan yang menggunakan bateri sama, daripada model Kenderaan ATV hingga peranti dalaman yang dapat membawa anda dalam posisi duduk, dipanggil 3E-B18. Turut ditayangkan ialah bugi empat roda automatik, 3E-D18 yang berfungsi sebagai pekerja pembersihan untuk syarikat, termasuk melakukan tugasan kecemasan di kawasan berbahaya untuk manusia. Dan sudah tentu tidak dilupakan skuter EV, PCX Electric

BACA >>> Zero DS ZF14.4 - Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

Semua kenderaan tersebut menggunakan pelbagai nombor berbeza bagi pek bateri sama. Ia samalah seperti gajet lain sedia ada yang menggunakan bateri 'AA' (bersaiz sama), tetapi berbeza tahap kuasa.

TUKAR GUNA MESIN LAYAR DIRI


Ideanya, menjadikan bateri sebagai bekalan kuasa mudah alih - 'Mobile Power Pack Charge' dan 'Supply Portable Concept’ yang berfungsi seakan bakul beli belah, iaitu untuk diisi, bukan dibeli. Bahagian paling penting bagi keseluruhan idea itu ialah 'Mobile Power Pack Exchanger Concept' (Konsep Menukar Pek Kuasa Mobil). 

Konsep asasnya adalah sebuah mesin layan diri atau vending machine bagi pek bateri cas penuh. Kaedahnya sama seperti menukar tong gas kosong dengan berisi. Caranya adalah menggantikan bateri EV kosong dengan bateri cas penuh menggunakan mesin layan diri yang boleh diletakkan di mana-mana sudut jalan, premis perniagaan atau kediaman.

BACA >>> Emflux Model 1 - Superbike Elektrik Pertama India, 0-100kmj Sepantas 3 saat

Idea Honda ini nyata mampu menjawab permasalahan tentang masa menunggu lama untuk mengecas EV. Malah, turut memberikan penyelesaian kepada isu penghematan bekalan kuasa elektrik. Jika konsep 'Exchanger' itu terlaksana, pemilik EV tidak perlu lagi terburu-buru mengecas pantas (fast charging) kerana pek bateri cas penuh sentiasa ada sepanjang masa. Cuma bayar dan gantikan saja. Pek bateri dalam mesin layan diri itu pula dicas secara normal.

PERLU PERSETUJUAN BERSAMA

Walapun masih dalam bentuk konsep, tetapi idea yang disampaikan memang munasabah. Namun, idea berkenaan memerlukan kerjasama dengan pengeluar lain yang masing-masing perlu duduk semeja dan berbincang untuk menghasilkan model EV yang menggunakan Mobile Power Pack yang standard.

BACA >>> Motor Elektrik Sah Jadi Kelas Baharu MotoGP 2019, Walaupun Ekzos Sepoi-Sepoi Bahasa

Jika hanya kenderaan dan peranti Honda, sudah tentu idea konsep itu agak terbatas. Bayangkan pereka bateri AA mengehadkan bateri itu untuk jenama tertentu sahaja. Apapun, tetap idea yang menarik untuk diperhatikan. Harapnya harga pek bateri siap cas itu tidaklah dikira mengikut harga petrol. Setuju?

Related

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: bateri EV, EV, Honda, Honda PCX Electric, Kenderaan Elektrik (EV), Mobile Power Packs, PCX Electric, pek bateri, roda2, skuter, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev