• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 12 Tip Penyenggaraan Kenderaan Sebelum Pulang Beraya

12 Tip Penyenggaraan Kenderaan Sebelum Pulang Beraya

July 3, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Isuzu MU-X - Pandulaju.comHARI Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Kereta dah servis? Jika belum, kami ingin kongsikan beberapa info atau tip penyenggaraan kereta.

  1. Sentiasa periksa tahap bendalir dan minyak pelincir, tekanan udara tayar dan keadaan bateri.
  1. Cara periksa tahap minyak pelincir adalah mengeluarkan batang celup dan bersihkan dengan kain tisu yang bersih. Kemudian letak dan keluarkan semula untuk memerhati tahap minyak berada di tahap maksimum. Jika berkurangan, tambah minyak pelincir. Pastikan ia diisi dengan jenama dan jenis minyak yang sama seperti sebelum ini.
  1. Pastikan pengelap cermin kereta berfungsi baik dan periksa bilah pengelap – gantikannya jika lusuh atau koyak atau getahnya telah keras.
  1. Periksa air radiator dan pastikan ia mencukupi. Adalah lebih baik sekiranya menggunakan air masak atau mineral. Elakkan penggunaan air paip.
  1. Pemeriksaan air radiator perlu dilakukan ketika enjin dalam keadaan sejuk. Jangan sesekali membuka penutup radiator waktu ia masih panas untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
  1. Cuba periksa di sekitar radiator dan hos untuk mengesan jika terdapat sebarang kebocoran.9665
  1. Bateri adalah salah satu faktor yang perlu diberi keutamaan. Sentiasa memeriksa tahap air bateri bagi pengguna sel kering. Jika guna sel kering seperti bateri Hitachi MFX, ia adalah bebas penyenggaraan dan mempunyai jaminan 2 tahun. Jadi, tidak perlu risau lagi.
  1. Bersihkan sebarang hakisan sekitar terminal dengan campuran air dan keringkan semua permukaan setelah bersih.
  1. Pastikan tekanan angin tayar mencukupi termasuklah 'Spare tyre'. Jumlah tekanan angin perlu diisi boleh rujuk info / maklumat di sisi pintu. Tidak dilupakan alatan penukaran tayar sekiranya berlaku kebocoran di tengah jalan.
  1. Sekiranya tayar mengalami kerosakan seperti retak, koyak atau kehausan, ia haruslah ditukar segera. Tip penukaran tayar boleh baca di SINI >>> Tukar 2 Tayar - Letak Di Depan Atau Belakang
  1. Sistem brek harus perlu diperiksa dan dapatkah khidmat nasihat mekanik bertauliah.
  1. Akhir sekali, pandu cermat jiwa selamat. Sentiasa peka keadaan sekeliling anda dan ingatlah yang tersayang,

Artikel ini dibawakan khas oleh bateri automobil Hitachi MFX. Bateri Hitachi MFX boleh didapati di lebih daripada 5,000 pengedar di seluruh negara dan di Sabah dan Sarawak.

Artikel berkaitan bateri Hitachi MFX di SINI >>> Hitachi Perkenalkan Bateri Baharu Berkualiti TinggiBateri Hitachi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: hari raya, Hitachi, Hitachi MFX, Info, penyenggaraan kereta, pulang kampung, tip, Tip penjagaan kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev