• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Farid, Hazlanshah Bakal Beraksi Dalam Suzuka 8-Hour

Farid, Hazlanshah Bakal Beraksi Dalam Suzuka 8-Hour

July 3, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

BikeARC Racing KawasakiDUA Pelumba negara, Mohd Farid Badrul Hisham dan Hazlanshah Mohd Noor bakal mencatat sejarah peribadi apabila akan membuat penampilan pertama mereka dalam saingan berprestij Perlumbaan Suzuka 8-Hour Endurance Road Race di Litar Suzuka pada 23 hingga 26 Julai 2015.

Duo BikeART Kawasaki Racing itu akan beraksi bersama gandingan pasukan Team Nozuka & Bike ART berikutan pencapaian mempamerkan aksi memberangsangkan di dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dalam kelas SuperSports 600cc pada musim ini.

Farid Badrul
Farid Badrul

Di dalam saingan Suzuka 8-Hour Endurance Road Race, Farid akan beraksi dalam kategori 8-Hour bersama Taketo Harada yang baru meraih kejayaan dalam perlumbaan Kejuaraan Suzuka Road Race (JSB1000) bersama seorang lagi pelumba, Naoki Yamaguchi.

Manakala Hazlanshah pula akan bergandingan bersama pelumba berusia 19 tahun, Katsuya Matsuzaki di dalam kategori 4-Hour.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Kawasaki yang akan membuat penampilan pertama dalam perlumbaan endurance bertaraf dunia itu ialah pelumba Manual Tech KYT Kawasaki, Ahmad Yudhistira.

Hazlanshah Mohd Noor
Hazlanshah Mohd Noor

Yudhistira akan bersama pasukan utama Kawasaki, Team Green dalam kategori 8-Hour bergandingan dengan pelumba legenda Jepun, Akira Yanagawa dan Kazuki Watanabe dengan menggunakan jentera Ninja ZX-10R.

Perlumbaan Suzuka 8-Hour merupakan perlumbaan tradisional dalam kalendar perlumbaan antarabangsa di Jepun khususnya melibatkan pengeluar-pengeluar motosikal utama dari Jepun.

Perlumbaan ini akan disertai oleh barisan pelumba-pelumba antarabangsa termasuk dari Jepun sendiri dan merupakan antara perlumbaan besar yang dinantikan dalam kalendar sukan permotoran antarabangsa.

Antara pelumba Malaysia yang pernah beraksi dalam perlumbaan ini termasuklah Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd Zamri Baba, Zaqhwan Zaidi, Mohd Emir Firdaus Hasan, Sasitharen Sukumaran dan Ahmad Afif Amran.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ahmad Yudhistira, ARRC, BikeART Kawasaki Racing, Hazlanshah Mohd Noor, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, Litar Suzuka, Mohd Farid Badrul Hisham, Naoki Yamaguchi, Perlumbaan Suzuka 8-Hour Endurance Road Race, Taketo Harada

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev