• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zero DS ZF14.4 - Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

Zero DS ZF14.4 - Streetbike Elektrik untuk Penunggang Novis, 262km Sekali Cas!

January 11, 2018 By Aryon 3 Comments

379
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAGI motosikal elektrik muncul dan kali ini Zero Motorcycles yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan DS ZF14.4 sebagai jentera pemula atau beginner dengan gaya streetbike.

Disasarkan kepada penunggang baharu dan kurang pengalaman, tren kuasa motosikal elektrik ini adalah menyamai jentera petrol berkapasiti 125cc.  Sebagai makluman, banyak negeri di AS mengehadkan penunggang muda atau pemilik lesen baharu di sana untuk menunggang motosikal yang tidak melebihi kapasiti 125cc.

BACA >>> Kalashnikov Bikin Motosikal EV untuk Tentera, Polis Rusia

Menurut kenyataan media Zero Motorcycles, perbezaan antara motosikal EV kategori beginner dan atasan ialah jarak perbatuan yang mampu dituju. Bagaimanapun, DS ZF14.4 memiliki kapasiti bateri sekali ganda lebih banyak berbanding model terdahulu, DS ZF7.2.

PEK BATERI UNTUK PERGI LEBIH JAUH

Zero-Motorcycles-DS-ZF14.4-xv
Zero-Motorcycles-DS-ZF14.4-xi
Zero-Motorcycles-DS-ZF14.4-xvi
Zero-Motorcycles-DS-ZF14.4-xxi

Ini bermakna, cas penuh DS ZF14.4 mampu ditunggang sejauh 262km untuk tunggangan dalam bandar, dan 125km (lebuh raya). Zero Motorcycles turut menawarkan aksesori 'Power Tank' yang mampu melanjutkan jarak perjalanan kepada 326km (bandar) dan 156km (lebuh raya).

Sistem bateri boleh dicas menggunakan palam soket standard di rumah, manakala masa mengecas pula bergantung kepada outlet pengecas. Aksesori 'Power Tank' mampu mengecas enam kali lebih pantas berbanding stesen cas J1772 standard yang biasanya banyak dipenuhi kereta elektrik.

BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?

Menurut Zero Motorcycle, jarak perbatuan jauh yang dicapai Zero DS berkuasa 14.7hp itu adalah memenuhi keperluan kereta standard di Eropah atau motosikal A1 (kategori motosikal ringan tidak lebih 125cc).

UBAH TREND

Zero-Motorcycles-DS-ZF14.4-xxx
Zero-Motorcycles-DS-ZF14.4-xxiii
Zero-Motorcycles-DS-ZF14.4-xxvi

Dengan dua bateri, dan opsyen cas pantas, Zero Motorcycles menjangka jarak dan keupayaan mengecas DS ZF14.4 bakal mengubah trend pengangkutan harian di kalangan pengguna.

Agak menarik juga idea motosikal elektrik dicetuskan Zero Motorcycles menerusi DS ZF14.4. Lagipun kita sendiri mengakui penduduk di bandar-bandar besar, misalnya Kuala Lumpur, lebih cenderung menjadikan motosikal sebagai kenderaan rutin untuk berulang alik kerja atas alasan menjimatkan masa dan wang petrol. Hal kuasa sebenarnya lama kelamaan sudah tidak menjadi perkara nombor satu untuk difikirkan.

Setuju?

GALERI

SUMBER: RideApart

Related

379
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: DS ZF14.4, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, streetbike, Zero DS ZF14.4, Zero Motorcycles, Zero Motorcycles DS ZF14.4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev