DORNA Sports SL mengumumkan tempoh permohonan Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) 2016 dibuka pada 1 Julai 2015. Pelumba muda yang lahir antara 1 Januari 1995 hingga 1 Februari 2003 layak memohon untuk pemilihan.
Pelumba-pelumba dari Asia, Australia dan New Zealand turut layak untuk memohon sepanjang tempoh kemasukan dari 1 Julai hingga 15 Ogos 2015.
Acara pra-pemilihan 2016 akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 20 dan 21 Oktober 2015 sempena Shell Malaysia Malaysian MotoGP™.
Lima pelumba Malaysia akan bersaing dalam kejohanan SAATC pada tahun ini, iaitu Adam Norrodin, 17, Azroy Anuar, 16, Fakhrusy Syakirin Rostam, 19; Helmi Azman, 16, dan Shafiq Rasol, 19.
SAATC dianjurkan oleh Dorna Sports, penganjur MotoGP™ World Championship, eni FIM Superbike World Championship dan FIM CEV Repsol; dan penganjur bersama MotoGP Red Bull Rookies Cup. Ia diuruskan bersama oleh peninjau bakat berjaya, Alberto Puig yang bertanggungjawab menyemai bakat-bakat seperti Casey Stoner dan Dani Pedrosa, serta ketua Academy MotoGP™.
Maklumat lanjut mengenai Shell Advance Asia Talent Cup boleh layari www.asiatalentcup.com.
Leave a Reply