HARI ini pasukan Mellors Elliot Motorsport (MEM) bakal berkunjung ke Pameran Antarabangsa Autosport 2018 (ASI18) dengan membawa bersama jentera Proton Iriz R5 yang akan berentap dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) 2018, kategori WRC2.
Lebih mendebarkan MEM terlebih dahulu menyiarkan foto teaser rupa baharu Iriz R5 di laman Facebook pasukan itu, dipercayai livery pada bonet hatchback segmen-B itu. Menurut MEM, rekabentuk keseluruhan jentera lumba tersebut akan disiarkan tidak lama lagi, hari ini.
Tetapi kami sudah pun mendapat gambar bocor Iriz R5, dipercayai dalam dewan pameran ASI18 yang akan dipamerkan kepada pengunjung di sana. Sama seperti foto teaser di atas, corak bendera Malaysia dijadikan motif utama kereta yang jelas tersergam megah lebih separuh bahagian atas bonet.
BACA >>> Proton Iriz R5 Siap Sedia 'Terbang' Di Perlumbaan Rali Dunia Tahun Depan
Rekabentuk badan masih sama seperti R5 terdahulu. Paling ketara ialah penampilan gerbang roda maskular dan ventilator bonet serta rim sport baharu. Warna asas badan kali ini menggunakan cat putih dengan diberikan strip merah merintangi sisi kereta dan bawah bampar depan.
Berbanding penampilan Iriz R5 lama yang agak muram (gambar atas), edisi WRC 2018 kali ini lebih bersemangat!
WRC2018 bukanlah medan perlumbaan pertama Iriz R5, sebelum ini jentera lumba itu pernah berentap dalam Rally Stage Goodwood Festival of Speed (juara),Grizedale Stages Rally (juara) dan Malton Forest Rally (podium), termasuk dua kali dilenjan legenda WRC, Marcus Gronholm yang memuji keampuhan mesin Proton talaan MEM itu.
BACA >>> Proton Iriz R5 Cipta Sejarah & Dinobatkan Juara Rali Di Goodwood Festival of Speed 2017
Spesifikasi Iriz R5 tahun lalu dijana enjin 4B11T pengecas turbo petrol daripada Mitsubishi Lancer Evolution X yang diturunkan kapasiti enjin daripada 2.0L kepada 1.6L bagi memenuhi kriteria kategori R5 untuk saingan WRC2. Turut melengkapkan enjin berkuasa tersebut ialah sistem transmisi Xtrac, suspensi Reiger, brek Brembo dan sistem elektronik Cosworth.
Tiada sebarang pendedahkan mengenai spesifikasi terkini Iriz R5 musim ini. Apapun, jika masih mengekalkan nadi lama, kami hampir pasti MEM akan melakukan talaan baharu ke atas enjin tersebut. Sama-samalah kita nantikan foto dan spesfikasi lengkap jentera kesayangan rakyat Malaysia ini. Sebelum itu kita nikmati dulu gambar yang satu ini dulu.
Yusuf says
Dorang ni betul2 rendahkan diri.
Yang modify, test dan masuk perlumbaan adalah team MEM.
Proton cuma bagi depa Iriz.
Tapi nama dia bagi kat Proton, dan Malaysia.
MEM we support you and hope for your best success!
from 1Malaysia :p