• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subaru Outback (2018) dengan Teknologi EyeSight - Masuk Malaysia Tahun Ini?

Subaru Outback (2018) dengan Teknologi EyeSight - Masuk Malaysia Tahun Ini?

January 11, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

subaru outback 2018 singaporeLINTAS langsung dari Pameran Motor Singapura (Singapore Motorshow) 2018, Motor Image selaku pengedar kenderaan Subaru di Asia secara rasmi memperkenalkan Subaru Outback 2018 yang kini dipakejkan ciri bantuan pemanduan, EyeSight.

Teknologi EyeSight ialah pakej bantuan pemanduan yang  terdiri daripada enam ciri iaitu:

  • Brek Pra Perlanggaran (Pre Collision Braking)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control)
  • Pengurusan Terotel Pra Perlanggara (Pre Collision Throttle Management)
  • Amaran Kekal Lorong (Lane Sway Warning)
  • Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning)
  • Lead Vehicle Start Alert

subaru outback 2018Ciri bantuan pemanduan EyeSight berfungsi berasaskan kamera sensor di sebalik cermin pandang belakang yang bertindak memberikan arahan tertentu kepada enam ciri utama di atas.

Dalam erti kata lain, teknologi EyeSight dapat mengelak atau mengurangkan impak buruk sekiranya berlaku kemalangan. Bagaimanapun, tanggungjawab, kepekaan dan keprihatinan pemandu tetap jadi perkara paling utama yang perlu ditikberatkan. EyeSight cuma berfungsi sebagai ciri bantuan yang memudahkan dan menambah baik keselamatan pemanduan.

BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Subaru XV 2018 - Harga Bermula RM118k!

subaru outback 2018LUARAN GARANG

Subaru Outback (2018) kini hadir dengan penampilan lebih garang dan sporty. Jika ditelitikan, ada beberapa bahagian yang dilihat seakan meminjam rekaan model Legacy seperti gril dan lampu depan.

Penampilan luaran Outback (2018) diserlahkan melalui penggunaan lampu depan LED dan rim aloi 18-inci. Ini termasuk penggunaan kod-warna di bawah bampar belakang, cermin sisi, rel bumbung dan perumah lampu kabus depan pelindung hitam di bawah bampar dan rel bumbung dengan gabungan crossbar boleh tarik.

BACA >>> #Videotomotif: Subaru WRX STI Letak Penanda Aras Bunyi Ekzos Kegilaan Ramai

subaru outback 2018ENJIN BOXER 2.5L

Subaru Outback (2018) masih lagi dipadankan unit enjin Boxer 2.5L 4-silinder berkuasa 173hp pada 5,800rpm dan tork 235Nm (4000rpm). Hantaran kuasa dibantu kotak gear CVT Lineartronic, manakala penggunaan bahan api ialah 7.7 liter per 100km.

Bagi menangani pelbagai cabaran  jalan raya dan muka bumi, Outback (2018) dilengkapi sistem Subaru Symmetrical AWD dengan X-Mode.

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA NBR Special - Kereta Penumpang Terpantas di Nürburgring

subaru outback 2018 malaysia
subaru outback 2018
subaru outback 2018
subaru outback 2018 malaysia
subaru outback 2018

BILA MASUK MALAYSIA?

Bagi pasaran Malaysia, Subaru Outback (2018) bakal diperkenalkan pada suku kedua tahun ini (April-Mei). Harga jualan masih tidak didedahkan, tetapi kami menjangkan model diimport sepenuhnya (CBU) itu akan dijual pada harga sekitar RM230,000 dan ke bawah.

Dalam segmen SUV, Outback (2018) berada dalam kategori premium, atau 'abang besar' kepada model XV dan Forester. Apapun, paling menarik perhatian ialah ciri bantuan pemanduan EyeSight yang pada pendapat kami sepatutnya sudah mula diperkenalkan pengeluar lain untuk kenderaan masing-masing.

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: enjin subaru outback 2018, harga Subaru Outback 2018, harga subaru outback baru, Motor Image, singapore motorshow 2018, subaru malaysia, Subaru Outback 2018, Subaru Outback 2018 malaysia, subaru outback baru, subaru outback baru malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev