• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas 14 Tahun, Honda Akhirnya Sah Jadi Raja Kereta Import Malaysia!

Selepas 14 Tahun, Honda Akhirnya Sah Jadi Raja Kereta Import Malaysia!

January 10, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

656
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka, siapa menduga, Honda Malaysia Sdn Bhd dengan penuh bangga mencatatkan angka jualan tertinggi dalam sejarah penubuhan pengeluar itu sejak 14 tahun lalu di bumi Malaysia, iaitu 109,511 unit, sekali gus menjadi satu-satunya jenama bukan nasional yang pernah merekodkan pencapaian segemilang begitu.

Malah, Honda Malaysia juga pertama kali mencapai rekod jualan melebihi 100,000 unit dengan jualan tertinggi disumbangkan wilayah Tengah, sebanyak 47 peratus dan disusuli wilayah Selatan dan Utara. Jumlah jualan keseluruhan sepanjang 2017 itu meningkat 19 peratus berbanding 2016 (91,830 unit).

TAHUN LUAR BIASA

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Toichi Ishiyama (gambar) berkata, 2017 ialah tahun luar biasa buat Honda dengan sasaran jualan 100,000 unit pada Mac 2017.

"Pada Mac kami mencipta sejarah dengan jualan 600,000 unit pengeluaran pemasangan tempatan (CKD) dalam tempoh 14 tahun penubuhan Honda Malaysia. Pada penghujung 2017, perkongsian pasaran Honda adalah 19 peratus (meningkat 3.2 mata berbanding 2016)," katanya.

Ishiyama turut berterima kasih dan begitu menghargai pelanggan setia Honda Malaysia atas kepercayaan yang diberikan dan memilih jenama Honda.

"Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa pelanggan setia dan sokongan kuat daripada rakan perniagaan dan Kerajaan Malaysia," katanya.

Related

656
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Malaysia, Honda Malaysia Sdn Bhd, Jualan Tertinggi, Rekod jualan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my