• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peugeot 2008 Allure Premium - SUV Versi Mewah yang Dipremiumkan

Peugeot 2008 Allure Premium - SUV Versi Mewah yang Dipremiumkan

January 11, 2018 By Han Othman Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI ini pengenalan model mewah bukan lagi milik pengeluar jenama mewah semata-mata. Pengeluar arus perdana juga tidak ketinggalan seperti Peugeot UK misalnya baru-baru ini memperkenalkan model 2008 Allure Premium yang seperti namanya, tampil lebih premium.

Dalam famili 2008, model versi segar semula itu duduk di atas varian Allure sedia ada dan sebaris dengan varian sporty, GT dengan mengambil pendekatan sama dilakukan si adik hatchback, 208 Allure Premium, tahun lalu.

BACA >>> Peugeot 208 & 2008 Puretech Mampu Gerak 1,000km dengan 1 Tangki Penuh - Biar Betul?

Peugeot 2008 Allure Premium kali ini datang dengan ciri kod-warna yang kontras dengan cat badan pada penutup cermin sisi dan hendal pintu, spoiler belakang, rel bumbung dan gerbang roda, termasuk plat sepanjang sisi bawah pintu hingga bawah bampar depan dan belakang.

EKSTRA PREMIUM

Bumbung suria panoramik Cielo menjadi ciri standard. Kemasan upholsteri pula didatangkan dalam trim hitam Oxford Black dan dipadankan rona cerah pada siling dan pilar dalam. Ciri kabin moden dibekalkan dengan paparan infotainment 7-inci, dan i-Cockpit. Bagi varian 2008 Allure, kos keseluruhan ciri diberikan itu bernilai lebih kurang £1,400 (RM7,547) , sebaliknya Allure Premium cuma £800 (RM4,313) lebih mahal.

Menurut Peugeot UK, pengenalan varian Allure Premium untuk model 2008 adalah langkah biasa berikutan maklum balas positif diterima 208 Allure Premium. Jika sebelum ini pelanggan menerima model hatchback mewah yang dipremiumkan, tidak salah juga elemen sama disuntik pula kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti 2008.

BACA >>> Tentang Enjin Peugeot PureTech yang Perlu Anda Tahu

Peugeot 2008 Allure Premium didatangkan dengan opsyen enjin 3-silinder 1.2L PureTech petrol dan 1.6L BlueHDi diesel.

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Peugeot, Peugeot 2008, Peugeot 2008 Allure, Peugeot 2008 Allure Premium, Peugeot UK, SUV, UK, United Kingdom (UK)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev