• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford F-150 Diesel (2018) Mampu Tarik Beban Lebih 5 Tan! 250hp, 596Nm

Ford F-150 Diesel (2018) Mampu Tarik Beban Lebih 5 Tan! 250hp, 596Nm

January 12, 2018 By Han Othman Leave a Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD akhirnya menyiarkan spesifikasi model paling laris 2017 di Amerika Syarikat (AS), trak pikap F-150 diesel versi 2018 yang didatangkan dengan enjin 3.0L Power Stroke V6 berkuasa 250hp dan tork 596Nm. Spesifikasi terbaharu didedahkan itu langsung mengetepikan pencabarnya Ram 1500 yang berenjin EcoDiesel, berkuasa 240hp dan tork 569Nm.

Penggunaan bahan api mencatatkan 30 batu per gelen (mpg) atau 12.7km per liter untuk perjalanan lebuh raya. Bagaimanapun, itu bukan angka rasmi dikeluarkan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS. Tetapi, jika angka itu kelak menyamai apa diuarkan Ford, makana catatan ekonomi bahan api itu adalah rekod membanggakan bagi segmen trak pikap saiz penuh.

BACA >>> 5 Kereta Paling Laris di Amerika Syarikat Sepanjang 2017

Angka memberangsangkan itu khabarnya banyak dibantu kelancarkan transmisi automatik 10-kelajuan yang didatangkan dalam opsyen pacuan dua (2WD) dan empat roda (4WD).

2018-Ford-F-150-5
2018-Ford-F-150-1
2018-Ford-F-150-6

Tetapi ingat, walaupun trak pikap ini menjimatkan, itu tidak bermakna ia tidak mampu melakukan kerja berat. Enjin dimiliki mamhu menunda beban seberat 5,171kg dengan kapasiti kargo lebih  satu tan (916kg).

Direka pasukan sama yang membangunkan enjin 6.7L Power Stroke diesel untuk trak Super Duty, blok silinder 3.0L milik Ford F-150 ini dihasilkan daripada besi grafit-kompak yang diakui cukup lasak untuk enjin pencucuhan-mampatan. Bagi menambahkan lagi kelasakan, aci engkol pula dibuat daripada besi tempa.

Tugas menyuapkan cukup jumlah udara ke dalam enjin bagi setiap tahap kelajuan dan beban ialah pengecas turbo geometri-variabel. Dwi penapis minyak memberikan lebih ketahanan jangka panjang, manakala sistem suntikan common-rail beroperasi pada 29,000psi (2,000 bar) yang menjanjikan kecekapan dan kesenyapan jentera.

KIPAS MEKANIKAL

2018-Ford-F-150-3
2018-Ford-F-150-6
2018-Ford-F-150-2

Menambahkan lagi kecekapan ialah pam minyak dua tahap, yang mampu mengurangkan masalah kehilangan parasitik di bawah beban ringan walaupun Ford memilih membekalkan model 2018 ini dengan kipas mekanikal, dan bukan elektrik. Nampak seakan langkah ke belakang, tetapi alasannya ialah bunyi.

Kipas pacuan enjin mampu menyuap banyak udara dalam kondisi ekstrem, yang semestinya sangat diperlukan untuk menyejukkan trenkuasa. Malah, kerja menunda treler muatan berat di kawasan pergunungan mampu menyebabkan masalah panas enjin. Di sini, dwi pengatup radiator membantu memulihkan aerodinamik kereta apabila penyejukan maksimum tidak diperlukan.

BACA >>> Segalanya Pikap [SIRI 1]: Pikap, Trak atau Trak Pikap? Mana Satu Betul dan Ini Terma Asas yang Perlu Anda Tahu...

Dengan tambahan opsyen diesel, Ford menawarkan beberapa pilihan enjin kepada bakal pembeli F-150 daripada varian basis V6, tiga varian petrol EcoBoost (termasuk Raptor 3.5L) dan 5.0L V8. Trak pikap ini khabarnya akan mula dijual pertengahan bulan ini di seluruh AS, tetapi tiada maklumah harga dan angka bahan api didedahkan.

SUMBER: AutoGuide

Related

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford F-150, Ford F-150 diesel, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev