SEMPENA Tahun Baru Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan promosi 'Leaders of the Pack' dengan pelbagai tawaran menarik berupa rebat tunai, kad petrol dan permainan LEGO.
Pelanggan baru yang menempah dan mendaftar kereta Volkswagen sebelum 28 Februari ini akan diberikan kad petrol ‘Liquid Gold’ bernilai RM1,188 bersamaan perjalanan lebih 10,000km, manakala 250 pelanggan pertama yang membuat tempahan dan pendaftaran kenderaan akan dihadiahkan permainan kubikel popular edisi terhad, LEGO Volkswagen T1 Camper Van.
BACA >>> Bosan Gaya Persembahan Lama, Volkswagen Tayang LEGO di Pameran Auto Chicago 2017
Rebat tunai maksimum ke atas model-model terpilih adalah seperti berikut, sehingga stok masih ada:
MODEL | REBAT TUNAI | TAMBAHAN |
Beetle Design | RM5,000 | |
Jetta Comfortline | RM10,000 | |
Jetta Highline | RM8,000 | |
Passat Trendline | RM18,000 | Kadar faedah rendah bermula 0.88% per tahun. |
Passat Comfortline | RM18,000 | |
Passat Highline | RM6,000 | |
Polo | RM7,000 | |
TiguanComfortline | RM5,000 | |
Tiguan Highline | RM3,000 | |
Vento Trendline | RM10,000 | |
Vento Comfortline | RM10,000 | |
Vento Highline | RM9,000 |
Bermula 1 Januari ini, semu kenderaan Volkswagen didatangkan dengan program penyenggaraan percuma selama tiga tahun. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang kos servis sepanjang tiga tahun pertama pemilikan, atau perbatuan sejauh 45,000km (mana-mana tiba dahulu).
Program ini merangkumi semua kos penyenggaraan seperti dalam jadual servis standard. Namun, tidak termasuk alat ganti tertentu yang perlu diganti akibat haus dan lusuh (wear & tear) seperti cakera brek, pad, bilah pengelap cermin dan mentol.
Leave a Reply