• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Berita Sedih! Honda CBR 250RR Tiada dalam Senarai Model Baru 2018 di Malaysia!

Berita Sedih! Honda CBR 250RR Tiada dalam Senarai Model Baru 2018 di Malaysia!

January 9, 2018 By Admin PanduLaju 10 Comments

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAMI pasti tajuk di atas akan membuatkan ramai peminat Honda CBR 250RR muram dan murung kerana model sekian lama dinantikan itu hampir mustahil membuat kemunculan tahun ini. Harap bersabar dan bertenang kerana setiap penantian itu satu penyeksaan dan sesungguhnya orang yang bersabar itu banyak ganjaran kebaikannya. Kami berharap sebaris ayat ini dapat meredakan hati kalian yang sedang marah.

Mengapa kami begitu yakin sekali mengatakan CBR 250RR tidak akan muncul? Sebabnya, Boon Siew Honda (BSH) bulan lalu baru saja menganjurkan majlis bersama pihak media di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Kebiasaannya seperti tahun-tahun lalu, BSH pasti mendedahkan barisan produk sepanjang tahun itu.

BACA>>> Apa Perkembangan Terkini Honda CBR250RR Ke Malaysia? Ini Jawapan Boon Siew Honda!

Barisan produk baharu Honda terbaharu dibahagikan kepada tiga segmen: Premium, Sporty dan Gaya Hidup (Life Style). Selepas mengamati 10 model dalam bentuk bayang-bayang itu, memang tiada langsung model yang menggambarkan rupa CBR 250RR. :'(

Kemudian apa lagi, kami langsung mengajukan soalan kepada Naib Pengerusi dan Naib Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Datuk Seri Wira Tan Hui Jing.

“Selepas melihat barisan produk 2018 BSH, nampaknya model CBR 250RR tak ada.”

BACA>>>Boon Siew Honda Kembali Mengganas - Bakal Lancar 10 Model Sepanjang 2018

Jawab beliau;
“Memang tak ada sebab model itu masih belum lulus spesifikasi Euro. Jadi BSH tidak mahu beri janji palsu kepada pelanggan. Saya tak berani cakap model itu akan tiba tahun ini.”

Maksudnya apa tuan-tuan? Maksudnya, selagi jentera berkenaan tidak memenuhi syarat peraturan Euro4, termasuk melepasi terma homologasi, kehadiran sportbike tangkap leleh itu semakin kabur dari pandungan hakiki dan majazi ini.

Petanda paling mudah untuk mengetahui model tersebut akan masuk ke pasaran Malaysia tempatan adalah apabila motosikal itu mula ada di pasaran Eropah. Alasan paling kukuh, sudah tentu model tersebut sah mematuhi undang-undang Eropah, sekali gus memudahkan ia dibawa masuk ke pasaran tempatan sambil diraikan peminat Honda dengan penuh kegembiraan.

GALERI

Honda CBR250RR 2017
Honda CBR250RR 2017
Honda CBR250RR 2017
Honda CBR 250RR Custom
Honda CBR250RR Edisi Terhad
Honda CBR250RR Edisi Terhad
honda-cbr-250rr-bg

Related

4.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Boon Siew Honda, BSH, CBR 250RR, Honda, Honda CBR 250RR, motosikal, sportbike

Comments

  1. Danniel Haikal says

    January 9, 2018 at 4:58 PM

    Harap-harap kalau masuk malaysia nanti dah takde signal capanglah ape2lah yang boleh mengilangkan sifat2 sportbike tu..

    Reply
    • Hamtazah says

      March 15, 2019 at 12:41 AM

      Signal smart bro kat led

      Reply
  2. Kamarol Baharin says

    August 20, 2018 at 11:18 AM

    Alasan tak masuk akal.. Menjadikan Malaysia ketinggalan dengan Indonesia India serta Jepun

    Reply
  3. ✨Sheikh Rushdan✨ says

    August 27, 2018 at 1:30 PM

    Tlg lah, dri tahun lepas lagi simpan duit nk angkat moto ni, hmm... aku tak nak r25 sbb dah ad x1r mean brand yamaha, kawasaki pulak dah ade rr150, pls nk honda 250rr ni msuk malaysia tak leh buat rayuan ke?

    Reply
    • Fadz says

      September 1, 2018 at 9:44 AM

      kan berikanlah peluang untuk pencinta honda seperti kami yang sedang menanti kehadiran honda250rr 🙁 menanti dari tahun ke tahun pun belum tentu dapat .duit ku pinangkau dulu akan ku lamar kau pertama

      Reply
  4. Anuar Amin says

    September 2, 2018 at 2:44 PM

    kenapa sampai sekarang still tak masuk malaysia,saya sebagai anak Malaysia berasa kecewa sangat2,dah tau ramai sangat2 peminat motor honda cbr250rr but why not coming this year?????

    Reply
  5. Haroo says

    January 24, 2019 at 11:35 PM

    Masukkan lah sekali Honda Hornet 250....

    Reply
  6. Haroo says

    January 24, 2019 at 11:36 PM

    Hornet 250cc please

    Reply
  7. Hamtazah says

    March 15, 2019 at 12:40 AM

    Kesian semua menunggu hahaha

    Reply
  8. ammar says

    February 3, 2020 at 11:44 AM

    merayu masuk 250 di malaysia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev