SEMAKIN banyak pengeluar automobil masa kini mula menawarkan ciri bumbung suria pada produk masing-masing, terutama varian premium dan mewah. Tetapi lain pula Hyundai, pengeluar dari Korea itu bakal melengkapkan kenderaan berbumbung suria dengan beg udara, sesuatu yang mungkin belum lagi difikirkan pengeluar lain.
Penyelesaian Hyundai itu membabitkan set beg udara yang dipasang dalam mekanisma bumbung suria daripada kaca tahan pecah (tempred glass). Jika sensor mengesan kedudukan kenderaan sedang berguling semasa berlanggar, beg udara akan mengembung dari belakang ke depan dan menutupi keseluruhan permukaan bumbung surian dalam masa 0.08 saat.
BACA >>> #Videotomotif: Benarkah Kereta Ada Beg Udara Lebih Selamat?
Hyundai mendakwa sistem beg udara bumbung suria itu mampu menghalang penumpang tercampak keluar dari kenderaan ketika berguling, sekali gus mengurangkang risiko kecederaan serius. Bagaimanapun, tiada sebarang perincian mengenai bilakah ciri beg udara baharu itu akan dipasang pada model-model keluaran pengeluar itu.
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply