• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Monkey Ikon Beatles, John Lennon Mahu Dilelong, Jualan Dijangka Lebih RM160k

Honda Monkey Ikon Beatles, John Lennon Mahu Dilelong, Jualan Dijangka Lebih RM160k

January 6, 2018 By Aryon 1 Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH Honda Monkey yang pernah digunakan legenda muzik, mendiang John Lennon bakal dilelong dengan harga jualan dijangka mencecah lebih £30,000 (RM162,728).

Honda Z50A K1 'Short Tail' keluaran 1969 itu berkapasiti 49cc dengan transmisi 3-kelajuan berkuasa 1.95hp. Jentera trail bike itu dimiliki Lennon dari 1969 hingga 1971 yang digunakan mendiang untuk meronda sekitar Tittenhurst Park, iaitu rumah agam gaya Inggeris miliknya yang disenaraikan Kerajaan Britain sebagai kediaman bersejarah Gred II di tenggara England.

Pada 1971, ketika Lennon berpindah ke New York, beliau menjual motosikal mini itu kepada Henry Graham yang kemudian dijual pula kepada pemilik sekarang, John Harington pada tahun sama.

TIADA UJIAN MOT SEJAK 2013

john-lennon-honda-monkey-6
john-lennon-honda-monkey-7
john-lennon-honda-monkey-1
john-lennon-honda-monkey-3

Sejak itu, sudah lebih 47 tahun motosikal itu dipamerkan dalam pelbagai acara dan pameran pemotoran. Status terkini berdasarkan pemeriksaan Kerajaan menunjukkan motosikal 'monyet' itu tidak mempunyai ujian MOT (Puspakom versi Britain) yang kali terakhir dilakukan pada Disember 2010, April 2012 dan Mei 2013.

Bagaimanapun, motosikal itu didapati tidak ke mana-mana selepas tahun akhir tersebut (2013) yang mana rekod MOT menunjukkan catatan perbatuan sama pada tahun akhir pendaftaran, 1,467 batu (2,360km).

BACA >>> Ferrari F2001 Schumacher Dilelong RM31 Juta! Pecah Rekod Kereta F1 Paling Mahal Dunia

Motosikal itu ditawarkan H&H Classics sempena acara lelongan motosikal Muzium Motosikal Kebangsaan pada 4 Mac nanti. Model itu akan dilelong tanpa sebarang restorasi dan dalam kondisi tulen seperti mana model asal. Pembeli turut diberikan fail sejarah lanjutan seperti buku log hijau, MOT lama dan surat janji temu Honda.

Ini bukan motosikal pertama milik peminat Lennon yang mahu dilelong. Pada 2008, jentera Monkey, Honda 160Z milik Ringo Starr dilelong pada harga £30,000 (RM162,728), melepasi anggaran £8,000 (RM43,394).

GALERI

john-lennon-honda-monkey-5
john-lennon-honda-monkey-7
john-lennon-honda-monkey-2
john-lennon-honda-monkey-4
john-lennon-honda-monkey-3
john-lennon-honda-monkey-6
john-lennon-honda-monkey-1

 

SUMBER: H&H Classcis

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Beatles, H&H Classics, Honda, Honda Monkey, Honda Monkey John Lennnon, Honda Z50A K1, Honda Z50A K1 'Short Tail', John Lennon, lelong, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev