• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bajaj Avenger Cruise 220 (2018) Bakal Lancar Bulan Ini?

Bajaj Avenger Cruise 220 (2018) Bakal Lancar Bulan Ini?

January 6, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

524
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK Modenas berkolaborasi dengan Bajaj Auto, tidak dinafikan berita mengenai model buatan pengeluar motosikal dari India itu mendapat perhatian peminat roda dua di Malaysia. Status Bajaj Auto bukan kecil-kecil anak. Dalam ranking dunia, pengeluar itu berada di kedudukan keenam sebagai gergasi motosikal terbesar dunia.

Terbaharu, Bajaj bakal melancarkan model Avenger Cruise 220 (2018) yang kini dilihat sedang ditunggang uji di India. Menurut laporan portal permotoran India, RushLane, model berkenaan kemungkinan masih menggunakan enjin Avenger sedia ada.

Enjin tersebut, bersesaran 220cc, silinder tunggal dengan penyejukan udara dan minyak, mampu menjana kuasa maksimum 18.76hp pada 8,400rpm dan tork maksimum 17.5Nm (7,000rpm) dengan padanan transmisi 5-kelajuan.

PERUBAHAN KECIL

 

BAJAJ AVENGER CRUISE 220 (2016)

 

Berdasarkan foto intipan, model cruiser dalam rupa samaran (camouflage) itu dilengkapi dengan kluster instrumen tunggal, manakala lampu depan mungkin bercirikan LED.

Bahagian pelana turut dikemas kini dengan dipasangkan rel pemegang berserta penyandar belakang. Rekaan lampu belakang LED juga nampak sedikit berubah, manakala lampu signal depan dan belakang masih jenis mentol.

BACA >>> Bajaj Pulsar NS160 Lancar di India, harga ₹80,648 (RM5,359)

Dperhatikan lebih dekat, Avenger Cruise 220 (2018) dipasang set suspensi teleskopik di depan dan absorber kembar di belakang. Di India, satu-satunya pesaing Avenger ialah Suzuki Intruder. Menurut Bajaj, pengeluar itu khabarnya bakal melancarkan dua model besar bulan ini dan ada kemungkinan Avenger 2018 adalah salah satu model dalam senarai tersebut.

Lagi persoalan yang bermain di fikiran, apakah Modenas akan membawa masuk model itu untuk mengembalikan semula nostalgia Jaguh? Siapa tahuuu...

SUMBER: RushLane

Related

524
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Avenger, bajaj, Bajaj Auto, Bajaj Avenger Cruise 220, Bajaj Avenger Cruise 220 (2018), cruiser, India, Kruiser, Modenas, motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev