MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), selaku pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Malaysia, memperkenalkan Mitsubishi Outlander 2.4L versi pemasangan tempatan (CKD), sekali gus melengkapkan varian CKD kenderaan utiliti sukan (SUV) itu, Outlander 2.0L yang terlebih dahulu diperkenalkan pada September tahun lalu.
ENJIN 2.4L DOHC MIVEC
Outlander 2.4L dijana enjin 2.4L DOHC MIVEC berkuasa 164hp dan tork 222Nm dengan transmisi INVECS-III CVT bersama pedal anjakan untuk penukaran gear lebih mudah.
BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!
Outlander dilengkapi sistem pacuan empat-roda (4WD) pintar, di mana sistem Multi-Select 4WD didatangkan dalam tiga mod, iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock yang boleh dipilih mengikut kesesuaian rupa bumi dan halangan.
CIRI KESELAMATAN LENGKAP
Ciri keselamatan Outlander dilengkapkan 7-beg udara, 4WD, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC) dengan Kawalan Traksi (TC), Bantuan Mula Daki (HSA) dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX . Tambahan kepada varian 2.4L ialah Brek Parkir Elektronik (EPB) berserta Bantuan Pegun Auto (AHA) yang membolehkan kenderaan pegun secara automatik ketika berhenti di lampu isyarat tanpa perlu menekan brek atau menarik brek tangan.
BACA >>> Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Pilih Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD!
Lagi pelengkap ciri keselamatan Outlander ialah Sistem Batal Brek (Brake Override System-BOS) yang mampu menghalang situasi pemandu tertekan pedal minyak dan brek secara serentak. Dalam situasi tersebut, BOS akan memberi keutamaan kepada pedal brek.
Outlander turut dilengkapi Peringatan Rehat (Rest Reminder) yang akan mengingatkan pemandu supaya berhenti berehat sebentar apabila keletihan.
Kerja memarkir juga jadi lebih mudah dengan ciri Monitor Keliling (All Round Monitor) yang memaparkan visual 360°, termasuk Perakam Video Digital (DVR) yang berfungsi sebagai kamera pemuka (dashcam) untuk merakamkan seabarang situasi sepanjang pemanduan.
CIRI SUV PREMIUM
Mitsubishi Outlander 2.4L menampilkan ciri premium seperti berikut:
- Lampu depan LED dengan lampu siang LED.
- Lampu belakang LED.
- Rim aloi 18-inci dua tona.
- Spoiler belakang aerodinamik.
- Pintu but elektronik bersama ciri anti-jepit.
HARGA KOMPETITIF
Bersama pilihan warna hitam, merah dan warna baru, putih Solar White Ruby, Outlander 2.4L dijual pada harga RM155,000 (termasuk GST, tanpa insurans). Menariknya, pelanggan yang membeli model ini akan diberikan diskaun hingga RM4,000 sempena promosi Tahun Baru Cina.
2 TAHUN SERVIS PERCUMA
Dua tahun penyenggaraan percuma dan waranti standard kilang selama lima tahun, tanpa had perbatuan.
GALERI
Leave a Reply