• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Nissan Bangunkan Teknologi B2V, Mampu Kawal Kereta Guna Gelombang Otak

Nissan Bangunkan Teknologi B2V, Mampu Kawal Kereta Guna Gelombang Otak

January 5, 2018 By Azhan O 1 Comment

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN membangunkan teknologi baharu yang mampu membawa gelombang otak pemandu dan menghantar maklumat kepada sistem on-board kenderaan autonomi (atau pandu sendiri).

Teknologi otak-kepada-kenderaan (brain-to-vehicle), atau B2V menyasarkan mahu menambah baik masa reaksi pemandu. Caranya, pemandu akan memakai satu peranti di kepala yang berfungsi mengukur aktiviti gelombang otak dan menghantar data diperoleh kepada kenderaan untuk dianalisis.

BACA >>> Nissan Lancar 'Warisan Nismo' untuk Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Ikonik

Kemudian, maklumat diproses itu membolehkan kereta membuat jangkaan ke atas pergerakan yang dimaksudkan pemandu, seperti memusing stereng, atau menghentikan kenderaan, dengan menghasilkan input 0.2 hingga 0.5 saat lebih pantas. Nampak macam sedikit mengganggu, tetapi Nissan memberi jaminan bahawa pemandu tidak akan menyedari bahawa kenderaan mereka sedang menghasilkan input.

TEKNOLOGI MASA DEPAN

“Apabila ramai orang berfikir tentang pemanduan autonomi, mereka ada pandangan tentang masa depan yang tersendiri, di mana manusia melepaskan kawalan kepada mesin," kata Naib Presiden Eksekutif Nissan, Daniele Schillaci.

“Namun, teknologi B2V tidak bertentangan, dengan menggunakan isyarat dari otaknya sendiri untuk membuatkan pemanduan jadi lebih mengujakan dan menyeronokkan. Menerusi Nissan Intelligent Mobilty (NIM), kami mahu membawa manusia ke dunia lebih baik dengan menghasilkan banyak produk autonomi, elektrik dan konektiviti," katanya.

Teknologi B2V juga akan berfungsi jika sesebuah kenderaan dalam mod autonomi. Dengan mengesan ketidakselesaan penumpang, teknologi Kepintaran Buatan (AI) mampu mengubah konfigurasi atau gaya pemanduan kenderaan supaya sepadan dengan si pemandu.

Contohnya, jika pemandu rasa sakit, kereta mungkin akan bergerak perlahan dan kurang melakukan pergerakan mendadak ketika membelok atau memecut.  B2V juga akan menggunakan maklumat gelombang otak untuk melaraskan persekitaran dalaman mengikut keperluan pemandu, seperti mengubah apa yang dilihat penumpang untuk memudahkan mereka.

BACA >>> Hyundai Cipta Teknologi Sensor Ultrasonik Elak Tertinggal Budak dalam Kereta

“Potensi aplikasi teknologi ini adalah menakjubkan. Penyelidikan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi Nissan untuk kenderaan kami dalam tahun-tahun mendatang," kata Dr Lucian Gheorghe.

Nissan membuka set simulator memandu itu sempena Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2018 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

426
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, gelombang otak, Nissan, Nissan B2V, Roda4, teknologi, teknologi automotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev