• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Tinjauan: Azam Pemandu UK Mahu Cekap Parkir Undur

Tinjauan: Azam Pemandu UK Mahu Cekap Parkir Undur

January 3, 2018 By Admin PanduLaju 2 Comments

3
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN Baru 2018 baru saja masuk hari ketiga. Sebelum 2017 menutup tirai,  ramai sudah mula pasang azam. Ada mahu hidup lebih sihat, ada mahu kuruskan badan, ada pula hendak tambah aset pelaburan, kahwin dan macam-macam azam lain. Namun, semua itu lebih kepada azam peribadi.

Bagaimanakah pula azam dalam konteks pengguna jalan raya? Jangan terkejut, pusat latihan memandu terbesar Britain, Young Driver mengambil inisiatif melakukan tinjauan melibatkan 1,018 pemandu negara itu mengenai apakah azam (semestinya yang positif) mahu dilakukan mereka sebagai pengguna jalan raya.

RAMAI MAHU CEKAP REVERSE PARKING

Berdasarkan hasil tinjauan, majoriti responden berazam mengundurkan kenderaan secara berhemah (betul), termasuk mahu lebih kerap memeriksa tayar dan minyak enjin. Rata-rata responden memilih ingin jadi ‘lebih baik ketika mengundur’. Ini jelas mendedahkan kebimbangan ramai kalangan pengguna jalan raya Britain tentang kecekapan memarkir secara mengundur.

Tinjauan umum yang dibuat bulan lalu itu turut mendedahkan kebanyakan responden juga mahu belajar memarkir kenderaan secara sisi secara betul dengan 17 peratus pemandu ingin menguasai kemahiran tersebut lebih baik. Bagaimanapun, 18 peratus responden merasakan tidak perlu mengubah apa-apa.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Cara Parkir Sisi dengan Mudah dan Sempurna Setiap Masa

Perkara paling membimbangkan adalah tabiat menggunakan telefon ketika memandu yang mana 13 peratus pemandu berazam mematikan telefon apabila memandu.

Sementara itu, satu per sepuluh atau 11 peratus responden mengaku memeriksa mesej ketika berhenti di lampu isyarat. Sebanyak 8 peratus lagi menyatakan hasrat tidak mahu menjawab panggilan telefon ketika sedang memandu jika tidak menggunakan kit bebas tangan (handsfree).

azam_tahun_baru_pemandu_UK_pandulaju (2)
azam_tahun_baru_pemandu_UK_pandulaju (1)
azam_tahun_baru_pemandu_UK_pandulaju (2)
AZAM PENGGUNA JALAN RAYA BRITAIN PALING POPULAR (2018):
  1. Periksa tekanan tayar dan paras minyak secara kerap - 24 peratus
  2. Belajar parkir sisi secara betul - 17 peratus
  3. Atasi ketakutan memandu di lebuh raya - 16 peratus
  4. Mengundur dengan lebih baik - 15 peratus
  5. Elakkan buat pengguna lain marah - 14 peratus
  6. Memarkir secara mengundur lebih sempurna - 13 peratus
  7. Mematikan telefon ketika memandu - 13 peratus
  8. Kurangkan kelajuan - 11 peratus
  9. Tidak memeriksa mesej di telefon ketika berhenti di lampu isyarat - 11 peratus
  10. Kurangkan rasa bimbang ketika memandu di jalan pedalaman - 10 peratus
  11. Lebih peka kepada pengguna jalan raya lain, termasuk pejalan kaki dan penunggang basikal - 9 peratus
  12. Berhenti menggunakan telefon ketika memandu - 8 peratus
  13. Sentiasa menggunakan signal apabila ingin membelok - 9 peratus
  14. Selalu menggunakan cermin (pandang belakang dan sisi) - 8 peratus
  15. Tidak memandu terlalu rapat dengan kenderaan depan - 5 peratus

Antara azam lain yang turut dinyatakan adalah memastikan kenderaan sentiasa kemas dan bersih, dan mahu lebih yakin memandu, termasuk ingin lebih kerap memandu. Jika di Britain, pemandu berazam mahu belajar mengundur lebih baik, bagaimana pula rakyat Malaysia? Apakah azam anda tahun ini?

Related

3
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: azam 2018, belajar mengundur, Britain, Kereta, PEMANDU, pemandu uk, tinjauan, tips, United Kingdom, Young Driver

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev