• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volkswagen Sumbang 200 Unit Kerusi Kanak-Kanak Kepada PPBM

Volkswagen Sumbang 200 Unit Kerusi Kanak-Kanak Kepada PPBM

June 24, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

VW Sumbang 200 Unit Kerusi Kanak-kanakVOLKSWAGEN Group Malaysia (VGM) menyumbang sebanyak 200 unit kerusi kanak-kanak kepada Persatuan Pengasuh Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) bagi tujuan latihan berkaitan kesedaran keselamatan penumpang kanak-kanak.

Mula dilancarkan pada Disember tahun lalu, kempen itu bertujuan mendidik kira-kira 28,000 ibu bapa mengenai pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak di dalam kenderaan dengan betul.

“Sebagai pengeluar kenderaan yang bertanggungjawab, kami mahumemupuk kesedaran terhadap aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Matlamat kami adalah untuk mengubah set minda dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak.

" Justeru, kolaborasi bersama PPBM yang melibatkan pelancaran modul latihan Keselamatan Penumpang Kanak-kanak (CPS) diadakan,” kata Pengarah Sumber Manusia Volkswagen Malaysia, Sharifah Salmah Syed Harun.

VWSehingga Ogos 2015, bengkel-bengkel CPS akan dijalankan di 280 pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh negara. Ia turut melibatkan bantuan secara amali mengenai penggunaan sistem keselamatan kanak-kanak dan tali pinggang keledar.

Statistik menunjukkan bahawa tempat duduk kanak-kanak mampu mengurangkan risiko kematian bayi sehingga 71% dan 54% untuk kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun. Situasi ini menguatkan hasrat Volkswagen untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan Volkswagen seperti ISOFIX dan banyak lagi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ISOFIX, Kerusi kanak-kanak, Persatuan Pengasuh Kanak-kanak Berdaftar Malaysia, PPBM, Volkswagen, Volkswagen Group Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev