• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TahukahAnda: Zündapp Janus - Kereta Aneh Dua Wajah, Jadi Karakter Animasi 'Cars 2'

#TahukahAnda: Zündapp Janus - Kereta Aneh Dua Wajah, Jadi Karakter Animasi 'Cars 2'

December 29, 2017 By Han Othman Leave a Comment

387
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DULU ketika Proton mengeluarkan Juara, banyak julukan diberikan kepada model minivan itu. Ada menggelarkannya sebagai kereta peti ais dan mesin basuh. Tidak kurang pula berseloroh pasal terkeliru yang mana satu bahagian depan, dan mana pula bahagian belakang.

Tetapi tahukah anda memang dalam sejarah automotif sendiri wujud kereta yang direka dengan rupa belakang dan depan sama. Kereta itu ialah Zündapp Janus, iaitu model microcar atau 'keicar' dari Jerman yang namanya diambil sempena dewa Rom (patutlah bunyi semacam).

BACA >>> Ford v Ferrari: Treler Filem Perlumbaan Epik 1960-an Didedahkan

Model keluaran 1958 itu sebenarnya mahu dijual Classic Driver dalam kondisi yang cukup baik. Janus pernah dibaik pulih pada 1973 sebelum dijadikan pameran di muzium hinggalah sekarang.

Menariknya, kereta dua wajah itu dipasangkan suspensi strut MacPherson dan brek dram untuk keempat-empat tayar, termasuk memiliki sepasang pintu geladak depan gaya BMW Isetta (juga microcar klasik). Janus turut muncul dalam filem animasi Pixar, Cars 2 (2011) sebagai Profesor Z (Zündapp).

Enjin yang menjana kereta aneh ini adalah daripada jenis silinder tunggal 2-lejang berkuasa 14hp yang ditempatkan di tengah antara tempat duduk. Cuma 6,902 unit Janus dihasilkan dan model itu juga adalah satu-satunya kereta dihasilkan Zündapp antara 1957 hingga 1958.

Jika anda salah seorang yang sukakan keanehan, mungkin model ini boleh dimasukkan dalam senarai pembelian. Cepat dapatkan sebelum terlambat! 😅

BACA >>> Suzuki Hustler Tough Wild Edition - SUV Keicar untuk Pasaran Jepun Sahaja

GALERI

SUMBER: Classic Driver

Related

387
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Cars 2, kereta klasik, kereta mikro, klasik, microcar, Professor Z, Roda4, Zündapp, Zündapp Janus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my