• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motosikal 70cc Masih Laku di Pakistan, Gaya Jipang Jadi Pilihan

Motosikal 70cc Masih Laku di Pakistan, Gaya Jipang Jadi Pilihan

December 30, 2017 By Aryon 4 Comments

995
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAYANGKAN enjin Honda C70 dipasangkan pada frem jentera naked seperti RX-Z. Ini bukan scene bikin motor, tetapi memang motosikal versi pengeluaran yang dijual untuk orang ramai. Bukan di Malaysia, sebaliknya jauh di negara Asia Selatan sana, Pakistan.

Motosikal bersesaran 70cc sudah lama pupus di bumi Malaysia, tetapi di Pakistan permintaan pembeli di sana terhadap jentera seperti itu masih tinggi. Syarikat Super Power Motorcycle yang bernaung di bawah firma konglomerat, Pirani Group adalah antara pengeluar dua roda Pakistan yang masih kekal menghasilkan produk motosikal 70cc untuk pasaran negara tersebut.

Berikut ialah model 70cc dihasilkan Super Power:

  • PK 70
  • PK 70 Deluxe
  • PK 70 Plus
  • SP 70 Euro2
  • SP 70 Deluxe
  • SP 70 Plus
  • SP Scooty 70

Kecuali SP Scotty 70 yang didatangkan dalam bentuk skuter, model lain tampil dengan rekabentuk jentera naked. Apa yang berbeza cuma penampilan luaran seperti fairing lampu, bentuk lampu (bulat, bersegi, bujur), rekaan pelana dan corak grafik serta ekzos.

BACA >>> Pantra - Motosikal Jipang Jadi Keunikan Penunggang Filipina

Sebaliknya, semua model siri 70cc itu menggunakan enjin sama daripada jenis 4-lejang silinder tunggal, penyejukan udara, dan transmisi 4-kelajuan dengan klac mati bersama hamburan kuasa 7hp. Spesifikasi tersebut sudah cukup memuaskan hati pemilik motosikal seberat 82kg itu untuk pergi ke mana-mana. Kemudian, ditambah pula kapasiti tangki yang mampu menyimpan bahan api sebanyak 10 liter dengan anggaran penjimatan 1 liter per 70km. Memang menjimatkan bukan?

Lagi? Frem badan model 70cc juga sudah dihasilkan kuat untuk menampung beban berat yang memenuhi keperluan pengguna penunggang Pakistan, manakala jarak ketinggian pula ialah 35mm. Pa

ling utama, harga mampu milik! Jika mahu dibandingkan dengan situasi Malaysia, motosikal 70cc boleh dianggap sebagai 'EX-5 Pakistan'.

KESEIMBANGAN TUNGGANGAN

Sekali pandang nampak seperti biasa-biasa saja, tetapi sebenarnya menampilkan ciri motosikal moden. Jika kita bayangkan Honda Petak, apa sangatlah kualiti tunggangan yang  mampu ditawarkan motosikal murah dan cc rendah.

Apa yang berbeza, barisan jentera naked Super Power mampu menawarkan kualiti cengkaman jalan terbaik, dan keseimbangan tunggangan yang jauh mengatasi pencabar 70cc lain.  Material pelana pula lembut dan ideal untuk tunggangan jauh. (Gigih betul jalan jauh bawa motor 70cc!)

Pilihan warna cuma dua, iaitu merah dan hitam, manakala harga bermula ₨44,500 (RM1,629). Lagi murah daripada harga teefon pintar premium. Mengambil kira faktor praktikaliti, harga dan gaya mengikut selera penunggang Pakistan (yang sukakan naked), memang tiada alasan untuk penduduk negara kuasa nuklear itu meminati model-model 70cc keluaran Super Power. Steady!

SIRI PK 70
PK 70 BLACK
PK 70 RED
PK 70 DELUXE BLACK
PK 70 DELUXE RED
PK 70 PLUS
SIRI SP 70
SP 70 DELUXE
SP 70 EURO2 BLACK
SP 70 EURO2 RED
SP 70 PLUS
SP SCOOTY 70

SUMBER: eBike.pk

Related

995
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, motosikal 70cc, motosikal Pakistan, Pakistan, Pirani Group, roda2, Super Power

Comments

  1. Wak says

    December 31, 2017 at 12:36 AM

    Harga dia sama dgn EX5 sebiji dapat 3 biji. Boleh diharap. Spare part confirm senang dapat. Repair mudah sbb enjin dia sama walau model lain.
    Buat apa ada sang hitam bila putih menyenangkan

    Reply
  2. Antika Eşya Alanlar says

    September 22, 2018 at 6:10 PM

    Nice work, Ray! Thanks for sharing.

    Reply
  3. Antika Alanlar says

    September 22, 2018 at 6:12 PM

    Buat apa ada sang hitam bila putih menyenangkan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev