• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda N-One Versi Kemas Kini Tampil Lebih Gaya, Moden

Honda N-One Versi Kemas Kini Tampil Lebih Gaya, Moden

December 25, 2017 By Azhan O 1 Comment

485
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TREND keicar dengan rekabentuk retro mungkin sudah pupus di banyak negara, tetapi tidak Jepun. Honda N-One adalah salah satu contoh model supermini yang masih bernyawa di Negara Matahari Terbit itu.

N-One dihasilkan Honda untuk pasaran Jepun sahaja dan dibina sejak 2012. Terkini, pengeluar automotif dari Jepun itu memperkenalkan N-One versi kemas kini yang membabitkan beberapa pembaharuan seperti pengedap bunyi lebih baik, cermin penapis UV, lebih banyak port USB dan empat jenis trim: Standard, Select, Premium dan RS.

BACA >>> Honda N-One - Kei Car Comel Cuma di Jepun

Model seperti dipaparkan foto dalam artikel ini ialah varian RS berwarna Sunset Orange dan hitam, tetapi N-One juga ditawarkan dalam kombinasi dua tona lain seperti merah-kelabu dengan merah, hijau gelap dengan hitam, atau biru dengan hitam.

Rekaan luaran dan dalaman RS tampil lebih sporty, dan didatangkan eksklusif dengan enjin 3-sebaris 660cc pengecasturbo yang dipadankan transmisi variabel berterusan (CVT), sama seperti kotak gear pada enjin aspirasi natural (NA). Bagaimanapun, tiada versi manual untuk RS.

RS turut dibekalkan pedal anjakan dan didatangkan hanya dalam bentuk pacuan roda-depan (FWD) walaupun pembeli boleh mendapatkan enjin sama dengan pacuan semua roda (AWD) menerusi varian Premium Tourer.

Memang cantik dan comel sungguh. Tetapi, apa nak buat, N-One cuma ada di Jepun saja. Apapun, kita layan dulu gambar menarik N-One!

GALERI

Related

485
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda N One, Jepun, Keicar, Roda4, supermini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev