• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Selepas Kereta, Wanita Arab Saudi Kini Dibenarkan Tunggang Motosikal, Cayalah!

Selepas Kereta, Wanita Arab Saudi Kini Dibenarkan Tunggang Motosikal, Cayalah!

December 21, 2017 By ZY Leave a Comment

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA September lalu kaum wanita Arab Saudi dibenarkan memandu kereta bermula Jun tahun hadapan (2018), tiga bulan kemudian, mereka kini dibenarkan pula memandu trak dan menunggang motosikal. Undang-undang baharu itu kelak adalah setara untuk pemandu lelaki dan perempuan, tanpa perlu sebarang nombor plat istimewa bagi membezakan kenderaan dipandu kaum hawa itu.

BACA >>> Wanita Arab Saudi Akhirnya Dibenarkan Memandu (Yakin Boleh!)

Bagaimanapun, pemandu atau penunggang wanita yang terlibat dalam kemalangan atau melanggar undang-undang lalu lintas akan dibicarakan di pusat perbicaraan khas yang juga dikendalikan kaum perempuan.

Arab Saudi adalah antara negara yang mengawal ketat kebebasan kaum perempuan, malah satu-satunya negara dunia yang tidak membenarkan kaum wanita memandu. Situasi itu dilihat sebagai salah satu bentuk penindasan gender hingga dikritik hebat masyarakat antarabangsa, khususnya dunia Barat.

BACA >>> Selepas Wanita Saudi Dibenarkan Memandu, Pengeluar Automotif Berlumba Lancar Kempen

Kini, segalanya mula berubah apabila pemerintah Arab Saudi, Raja Salman mula berkenan membenarkan kaum hawa di negara Timur Tengah itu untuk memandu dan menunggang.

SUMBER: The Star

Related

296
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Arab Saudi, Auto Terkini, Kereta, larangan memandu ditarik balik, motorsikal, roda2, wanita Arab Saudi, women rider

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my