• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Program 'Kawasaki Safety & Responsible Riding' - Peserta Belajar Cara Tunggang Selamat!

Program 'Kawasaki Safety & Responsible Riding' - Peserta Belajar Cara Tunggang Selamat!

December 20, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

program Kawasaki Safety & Responsible RidingDALAM usaha mengurangkan kadar kemalangan di kalangan pengguna motosikal, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) memperkenalkan program 'Kawasaki Safety & Responsible Riding'. Program yang pertama kali dianjurkan itu turut mendapat kerjasama Kawasaki Heavy Industries Ltd dan K-TEC Corporation Japan.

Dalam program berkenaan, pihak KMSB akan memberikan pendidikan teori dan praktikal kepada pemilik jentera Kawasaki tentang bagaimana menunggang betul.

program Kawasaki Safety & Responsible Riding
program Kawasaki Safety & Responsible Riding

Pengurus Besar dan Pengarah KMSB, Datuk Jeffrey Lim berkata, kursus itu membabitkan sesi pembelajaran sehari dan akan dilaksanakan dua hingga tiga sebulan. Menurutnya, kursus tersebut diberikan secara percuma kepada pemilik jentera Kawasaki sedia ada atau bakal pemilik baharu jenama itu.

“Buat masa ini, kami menumpukan kepada pemilik Kawasaki sekitar Lembah Klang sebelum program ini diperluaskan ke lokasi lain.

"Kami yakin kursus tunggangan keselamatan ini dapat membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di kalangan penunggang motosikal,” katanya lagi.

BACA >>> Kawasaki Ninja H2 SX Sah Masuk Malaysia Tahun Depan 

Tambah Jeffrey lagi, kajian menunjukkan antara kesalahan trafik yang biasa dilakukan penunggang motosikal adalah seperti menunggang melebihi had laju, melanggar lampu isyarat, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit, memotong laluan berkembar dan menunggang di laluan kecemasan.

“Kursus ini dapat meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap serta kemahiran tunggangan yang sewajarnya. Lebih penting, program Kawasaki Safety & Responsible Riding dikendalikan pelatih berpengalaman dan diiktirafkan K-TEC dan Kawasaki Jepun,” katanya.

GALERI

program Kawasaki Safety & Responsible Riding
program Kawasaki Safety & Responsible Riding
program Kawasaki Safety & Responsible Riding
program Kawasaki Safety & Responsible Riding
program Kawasaki Safety & Responsible Riding
program Kawasaki Safety & Responsible Riding
program Kawasaki Safety & Responsible Riding
program Kawasaki Safety & Responsible Riding

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Kawasaki Malaysia, Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, KMSB, motor kawasaki, pemilik kawasaki, program Kawasaki Safety & Responsible Riding

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev