• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Transformasi 'Mat Scoot', SYM Lancar Adventure Touring dan Cafe Racer

Transformasi 'Mat Scoot', SYM Lancar Adventure Touring dan Cafe Racer

December 19, 2017 By ZY Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POPULAR sekian lama dengan barisan skuter maksi bergaya dan mampu milik, nampaknya pengeluar motosikal nombor satu Taiwan, SYM semakin mengganas apabila  julung kali memperkenalkan jentera adventure touring dan cafe racer menerusi model terbaharu, NH Trazer 200 dan Wolf CR 300i untuk pasaran Britain, baru-baru ini.

1. SYM NH TRAZER 200


NH Trazer 200 ialah motosikal adventure touring kecil yang dijana enjin 183cc silinder tunggal penyejukan cecair dengan keupayaan 18.2hp dan tork 16.6Nm, disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi 6-kelajuan. Kuasa hentian ditugaskan kepada brek cakera di depan dan belakang dengan dihubungkan melalui sistem brek tergabung (combined brake system - CBS) yang boleh dinyah aktif.

Tipikal motosikal adventure, NH Trazer 200 didatangkan dengan suspensi panjang teleskopik biasa berserta jarak kelegaan jalan tinggi, dan tayar knobby, sekali gus membayangkan jentera tersebut turut sesuai untuk tunggangan off-road walaupun bersaiz kecil. Paling tidak dijangka, lampu utama dan brek bercirikan LED, serta turut dilengkapi paparan meter digital penuh.

Pandulaju-SYM-NHTrazer200-2
Pandulaju-SYM-NHTrazer200-3
Pandulaju-SYM-NHTrazer200-4
Pandulaju-SYM-NHTrazer200-5
Pandulaju-SYM-NHTrazer200-6

2. SYM WOLF CR 300i


Bukan setakat bergaya racer, Wolf CR 300i turut membawakan prestasi 'racer' (pelumba).

Sekali imbas, Wolf CR 300i tampak sangat mirip jentera Modenas/Bajaj V15 kerana kedua-dua model itu, selain membawakan gaya cafe racer, turut hadir dengan skema warna putih dan strip merah. Bezanya, model SYM ini dipacu nadi silinder tunggal 278cc penyejukan cecair yang lebih bertenaga berbanding cafe racer 150cc Modenas/Bajaj.

Dipadankan transmisi 6-kelajuan, Woft CR 300i menghamburkan kuasa 27hp dan tork 26Nm , cukup padu dalam kelas motosikal silinder tunggal bawah 300cc. Lebih menarik lagi, cafe racer sulung SYM ini turut dilengkapi brek cakera depan dan belakang berserta ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) Bosch sebagai standard yang boleh dikatakan ciri mewah bagi sebuah jentera sesaran rendah bergaya old-skool.

Pandulaju-SYM-WolfCR300-2
Pandulaju-SYM-WolfCR300-3
Pandulaju-SYM-WolfCR300-4
Pandulaju-SYM-WolfCR300-5
Pandulaju-SYM-WolfCR300-6
Pandulaju-SYM-WolfCR300-7

HARGA?

Selain spesifikasi yang dikemas kini di laman web rasmi SYM UK, harga dan pelancaran ke pasaran lain masih tidak dinyatakan. Sekiranya dibawa masuk ke pasaran tempatan, kami jangka NH Tracer 200 ditawarkan sekitar RM13,000, manakala Wolf CR 300i, RM16,000. Bagaimana, masuk akal?

SUMBER: SYM UK

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure touring, Auto Terkini, Cafe racer, cafe recer, nh trazer 200, roda2, SYM, sym uk], trazer 200, wolf 300i, wolf cr 300i

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev