• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Stinger Lulus Cemerlang Ujian Perlanggaran Euro NCAP

Kia Stinger Lulus Cemerlang Ujian Perlanggaran Euro NCAP

December 17, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMILIK dan bakal pembeli Kia Stinger sekarang sudah boleh menarik nafas lega apabila model sedan sport itu sedan berjaya lulus cemerlang dalam ujian perlanggaran Euro NCAP yang diketahui umum sangat ketat piawaian kelulusannya.

Dalam ujian berkenaan, Stinger meraih rating lima-bintang dengan skor cemerlang untuk perlindungan keselamatan penumpang dewasa dengan mendapat 93 peratus. Kereta itu turut diberikan tambahan skor bantuan keselamatan sebanyak 82 peratus menerusi opsyen sistem keselamatan autonomi penuh.

BACA >>> Lagi Foto Kia Stinger (2018) Didedahkan Menjelang Pelancaran Rasmi Disember Ini

Skor diperoleh Stinger itu tidaklah mengejutkan kerana ramai pemerhati meramalkan reputasi Kia pada masa hadapan akan sedikit demi sedikit menyaingi jentera-jentera buatan Jerman dari segi rekaan, prestasi dan keselamatan. Stinger adalah antara bukti tersebut.

Stinger dikuasakan enjin 3.3L turbo kembar V6 berkuasa 365hp dan tork 509Nm. Dengan sistem pacuan semua roda (AWD), Stinger mampu memecut 0-100kmj sepantas kurang 5 saat dengan kelajuan maksimum mencapai 269kmj.

Harga basis Stinger bermula pada AS$31,900 (RM130,135) di Amerika Syarikat, lebih murah kira-kira AS$11,000 (RM44,874) berbanding BMW 430i Gran Coupe.

SUMBER: Euro NCAP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Euro NCAP, Kia, Kia Stinger, Roda4, sedan sport, ujian perlanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my