• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik - Ryan Lai

Jenama Proton Tak Ada Masalah, Cuma Servis Lepas Jualan Kena Tambah Baik - Ryan Lai

December 17, 2017 By Abang GYL 10 Comments

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN berhadapan pelbagai rintangan, Ryan Lai, pemilik Pusat Servis Proton di Nilai, Negeri Sembilan yakin jenama nasional itu akan kembali ke atas.

Bermula kerjaya sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat terkemuka Korea, Ryan nekad mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan terus mewarisi perniagaan keluarganya, yakni Pusat Servis LHM One Stop Car pada 2007.

Menurut Ryan, perniagaan pada masa itu agak merudum dan hanya membaiki sekitar 60 unit kenderaan sebulan. Ayah pula hampir berputus asa dan berhasrat mahu menjual pusat servisnya.

"Selepas berhenti kerja, saya cuba cari apakah punca yang menyebabkan perniagaan merudum. Sebenarnya, tak ada-apa masalah dengan jenama Proton, tetapi perkhidmatan selepas jualan ditawarkan Pusat Servis kami yang perlukan perubahan.

"Perkara pertama saya lakukan adalah memperkenalkan dasar sumber manusia dan pentadbiran. Saya juga memastikan semua juruteknik terlatih dan berdisiplin.

" Hasilnya, daripada 60 unit, kami kini menerima lebih 1,300 model Proton yang datang servis di sini. Rata-rata pemilik kenderaan datang dari kawasan Nilai, Cyberjaya, Putrajaya, KLIA dan Sepang," katanya lagi.

Pusat Servis LHM One Stop Car kini memiliki 65 pekerjaydan10 daripadanya bertugas di bahagian bilik pameran. Pada tahun lalu juga, pusat servis ini telah dinaik taraf kepada pusat 4S Proton (jualan, servis, alat ganti dan semburan cat).

Dalam pada itu, Ryan adalah salah seorang daripada 28 pengedar Proton yang terpilih melawat pusat operasi Geely di China, baru-baru ini.

BACA >>> Lepas Lawat Geely Di China, Kami Yakin Masa Depan Proton Kembali Cerah - Pengedar Proton

KUALITI BOYUE MEMANG TERBAIK

Tambah Ryan lagi, dia sangat tertarik dengan kualiti perkhidmatan pelanggan di salah satu cawangan Geely di Shanghai.

"Ruang menunggu seakan hotel bertaraf 5-bintang. Kebiasaannya suasana sebegini hanya boleh dirasai oleh pemilik kereta premium di Eropah. Tetapi, Geely turut menawarkan suasana sama kepada pelanggan mereka.

"Begitu juga kualiti. Mulanya, saya agak ragu dengan kualiti kenderaan China, terutama Boyue yang bakal diperkenalkan Proton tahun depan.

"Namun segala persepsi buruk itu berubah setelah diberikan peluang memandu uji Danish saya yakin kehadiran bakal memberi nafas baharu buat Proton," jelas Ryan dengan semangat.

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Geely, Proton, pusat servis LHM One Stop Car, pusat servis proton, pusat servis proton di nilai, Ryan Lai

Comments

  1. Alan Raz says

    December 18, 2017 at 12:26 AM

    Aku setuju dengan cerita ini. Masalah utama Proton adalah pusat servis. Ramai yang mengadu pusat servis gagal selesaikan masalah kereta sedangkan kereta masih dalam waranty.

    Nak tengok pusat servis terbaik, belajar dari pusat servis Honda, Merc atau BMW. Layan pelanggan dengan baik dan mekanik yang berpengalaman.

    Orang tak ada masalah nak beli alat ganti tulen kalau mekanik pusat servis Proton betul betul mahir. Ini bila hantar kereta, mekanik kata tak jumpa punca masalah atau bila dah tukar barangpun, masalah masih ada. Yang sebenar bermasalah adalah mekanik. Dia tak pandai sebenarnya.

    Reply
  2. Ahamadfauzi says

    December 19, 2017 at 8:56 AM

    Aku guna dua kereta Proton buat masa ni, Iriz 1.3A dan Persona 1.6A. Pada aku kereta Proton mutunya bukanlah seteruk yg diwar warkan. Antara Perodua dgn Proton aku akan pilih proton. Ini bukan pertama kali aku guna jenama Proton, sebelum ni aku pernah guna Saga 1st model, wira, satria, perdana, waja, tiara, savvy, exora. Seingat aku lebih dari 20 buah kereta Proton aku guna. Mutu ada, harga spepart pun boleh dikira rendah lg jika dibandingkan dgn jenama lain. Cuma masalahnya jika nak dptkan spepart kat service centre memang lambat, bila complain pasal kereta. Balik2 suruh tinggal kereta lama2. Abis kalau lama tinggalkan kat situ, nak gi kerja nak naik apa, kalau depa sediakan kereta spare takpa. Takkan nak gi keja jln kaki kot. Kadang2, servis entah apa2 kn byr, bila diorg mintak duit, kita byr, nak cepat gi kerja tak sempat semak bil, bila blk rumah, semak bil, entah apa2 depa tulis. Kadang2 bila kita complain, staf servis sendiri ckp, biasalah encik, ini kereta Malaysia, bkn kereta import. Itu pun satu mslh, diorg sendiri yg rendahkan mutu jenama kereta yg diorg sendiri menumpang cari makan..

    Reply
  3. Mohd Izham says

    December 24, 2017 at 12:59 PM

    Saya setuju dgn pendapat sdr Ryan. Terus terang saya berpuas hati dgn servis LHM One Stop Nilai ni. Banyak pusat servis Proton saya dah pergi, sekali dah ke pusat servis Nilai, saya dah tak beralih ke pusat servis Proton yg lain.

    Reply
  4. miakaren says

    December 24, 2017 at 1:48 PM

    Saya hantar Proton Persona accident sendiri baru-baru ini dan baiki kerosakan2 yang lain ke Proton Service. Saya minta kereta pinjam Proton Servis sbb tak ada kenderaan ke tempat kerja iaitu sejauh 35 km sehala. Pegi blik 70 km. Klu ikut highway lg jauh. Saya dapat je kereta pinjam. Yg lambatnya nk tunggu duit insurans masuk utk bayar baiki kerosakan accident dan lain2 kerosakan.

    Reply
    • ABG GYL says

      December 25, 2017 at 10:09 PM

      mungkin pihak cik boleh cuba untuk pushkan pihak insurans untuk mempercepatkan proses.

      Reply
  5. zed says

    December 10, 2018 at 12:16 PM

    Kereta inspira saya juga sedang dibaiki di LHM one stop Nilai kerana kemalangan. Tapi malang bagi saya kerana di sini tidak disediakan kereta pinjam. Saya hantar kereta tersebut pada 27 November 2018 dan kini sedang menunggu kereta siap dibaiki. harap2 inya cepat siap kerana saya tidak tahan berjalan kaki ke tempat kerja. Tempat kerja saya lebih kurang 2 kilometer sahaja

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev