• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motor Elektrik Sah Jadi Kelas Baharu MotoGP 2019, Walaupun Ekzos Sepoi-Sepoi Bahasa

Motor Elektrik Sah Jadi Kelas Baharu MotoGP 2019, Walaupun Ekzos Sepoi-Sepoi Bahasa

December 15, 2017 By Han Othman 1 Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SAH, bermula 2019, MotoGP bakal memperkenalkan kelas motosikal elektrik (EV) dengan spesifikasi diuruskan pemegang hak komersil siri kejuaraan dunia itu, Dorna. Pembuat motosikal elektrik Itali, Energica pula menjadi menjadi satu-satunya pembekal jentera tunggal dalam kelas baharu itu menerusi model Ego.

Kini, beberapa isu mengenai jangka hayat bateri dan berat keseluruhan jentera, sama ada versi trek atau jalanan, akan diberikan lebih tumpuan sebelum menjelang perlumbaan sebenar kelak. Menurut Newatlas.com, Dorna mungkin membina stesen cas solar untuk motosikal EV di litar lumba. Setakat ini, kuasa bateri Ego, 11.7kWh sudah cukup menghasilkan lebih tenaga berbanding apa yang diperlukan perlumbaan pendek.

energica-ego-ev-motorcycle-1
energica-ego-ev-motorcycle-2
energica-ego-ev-motorcycle-3
energica-ego-ev-motorcycle-16

Walaupun kelajuan maksimum Ego cuma 241kmj dan nampak semacam mudah dikekang, tetapi dengan menaik taraf faktor aerodinamik, motosikal EV itu dipercayai mampu melonjakkan kelajuan maksimum menghampiri 321kmj! Pada masa sama, berat jentera (258kg) bakal mengalami pengurangan drastik untuk versi perlumbaan kepada berat sekitar 204kg.

BACA >>> MotoGP Bakal Perkenal Kategori Baharu - Superbike EV Menjelang 2019?

Bagaimanapun, kelas baharu itu masih jauh untuk dianggap ancaman kepada kelas tradisional MotoGP sedia ada sama ada dari segi tarikan penonton, dan faktor deruman ekzos. Agak pelik juga jika kita pergi menonton aksi perlumbaan dengan bunyi ekzos sekadar berbisik dan mendayu sepoi-sepoi bahasa. Tetapi siapa tahu, minat manusia bila-bila masa saja boleh berubah.

GALERI

ENERGICA EGO

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Dorna, Energica Ego, kelas elektrik, MotoGP, motor elektrik, motosikal elektrik, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev