• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Ray (2018) - 'Kenari Korea' Perkenal Versi Facelift

Kia Ray (2018) - 'Kenari Korea' Perkenal Versi Facelift

December 14, 2017 By Han Othman Leave a Comment

692
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA secara rasmi memperkenalkan model kereta bandar atau Keicar, Ray versi dipertingkat (facelift) di Korea Selatan yang menampilkan rupa depan baharu dengan gril dikemas kini, lampu kabus bulat dan lampu utama direka semula dengan disepadukan ciri lampu siang (DRL) LED.

Ray juga dilengkapkan bampar belakang yang diubah suai, lampu belakang dikemas kini dan rim aloi 15-inci baharu. Ini termasuk menawarkan opsyen kustom kepada pembeli membabitkan warna kontras untuk bumbung, gril, penutup cermin sisi dan panel but.

BACA >>> 17 Fakta Pantas | Kia Stinger GT 2.0L & 3.3L Kini di Malaysia, Harga Bermula RM239,888!

Menjengah ruang kabin, pemandu diberikan roda stereng 3-jejari baharu, tombol gear rekaan semula, dan tambahan akses metalik. Ray turut menawarkan sistem infotainment 7-inci dan beberapa pilihan seperti lampu mood dan karpet lantai warna kontras.

ENJIN 1.0L, 77HP

Ray facelift juga boleh dijadikan kenderaan yang mesra haiwan peliharaan dengan opsyen sangkar mudah alih, pelindung kerusi belakang dan pengadang yang memisahkan tempat duduk baris pertama dan kedua.  Pembeli juga boleh memesan trim trendy baharu berupa kerusi kulit faux dengan barisan tempat duduk depan dibekalkan ciri pemanas.

Tiada perincian spesifikasi prestasi didedahkan, tetapi kereta itu dijana enjin 1.0L petrol dipertingkat yang berkuasa 77hp. Harga pula bermula ₩13.5 juta (RM50,768).

BACA >>> Polis Australia Pilih Kia Stinger untuk Tugasan Rondaan Rentas Negeri

Rupa Kia Ray pasti mengingatkan kita tentang kelibat Perodua Kenari yang tidak lagi diteruskan pengeluaran. Malah, model ini juga hampir pasti tidak akan dibawa masuk ke Malaysia memandangkan pasaran segmen A yang kurang kompetitif bagi model-model luar negara.

GALERI

Related

692
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: city car, Keicar, Kia, Kia Ray, Roda4, segmen A

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my