BERDASARKAN laporan daripada The Star, kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk kenaikan kadar tol sebanyak 30 peratus.
Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet (hari ini) yang bakal membabitkan 16 Lebuh Raya. Turut tidak menolak kemungkinan, angka itu boleh melonjak kepada 19 Lebuh Raya.
Sebagai contoh, bayaran kadar tol di Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) naik daripada RM1 kepada RM1.30. Walau bagaimana, kenaikan itu dikatakan tidak membabitkan Leburaya Utara-Selatan.
Tambah sumber itu lagi, perkara berkenaan masih dalam perbincangan sama ada kenaikan kadar tol akan dilaksanakan secara serentak atau pun berperingkat.
Harap-haraplah ia tidak akan menjadi kenyataan. Apa dimahukan adalah pengurangan, bukan kenaikan ! Betul?
Leave a Reply