• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault Pertaruh Enjin Kompak Kuasa Buas - 1.3L, 158hp, 260Nm!

Renault Pertaruh Enjin Kompak Kuasa Buas - 1.3L, 158hp, 260Nm!

December 12, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


RENAULT baru saja melancarkan enjin terbaharu yang dihasilkan pengeluar dari Perancis itu dengan kerjasama Mercedes-Benz dan syarikat induk Smart, Daimler. Menariknya, enjin tersebut dikecilkan sekompak mungkin.

Enjin itu, yang bakal dimuatkan buat kali pertama untuk model Scenic dan Grand Scenic, dikhabarkan cuma bersesaran 1.3L dengan pengecas turbo. Semua tahu, dua model Renault tersebut bukanlah jenis kenderaan kecil. Scenic dan Grand Scenic berada dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak yang sekelas dengan pesaing lain seperti Peugeot 5008, Volkswagen Touran dan Proton Exora.

BACA >>> Renault Tidak Minat Lagi Masuk Pasaran Amerika, Lebih Teruja dengan China, Rusia

Namun, prestasi dibekalkan enjin 1.3L itu mampu mencapai kuasa sekuat 158hp yang pastinya bukan masalah untuk mengusung 5 hingga 7 orang dewasa berserta bagasi pelbagai saiz pada satu-satu masa. Malah, enjin dihasilkan tidak memerlukan Renault mengorbankan saiz ruang dan bentuk badan kereta demi mendapatkan kuasa yang dihajati.

TIGA OUTPUT KUASA


Ada tiga output kuasa ditawarkan - 113hp, 138hp dan 158hp dengan tork setinggi 260Nm pada 1,750rpm, atau lebih tinggi jika memilih transmisi automatik.

Jangan pula terkejut jika kami kaitkan Nissan GT-R dengan enjin 1.3L Renault. Kata pengeluar Perancis itu, enjin kecil mereka meminjam teknologi saduran gerek (bore coating) daripada kereta sport itu yang mampu meminimumkan geseran piston dan mengoptimumkan agihan haba sekitar silinder. Malah, emisi karbon juga dikurangkan berbanding enjin lama, iaitu 7g/km untuk Scenic dan 11g/km (Grand Scenic).

Semakin menarik nampaknya teknologi enjin kompak masa kini!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, enjin kompak, Renault, Renault Grand Scenic, Renault Scenic, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev