• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 46,710 Unit Kenderaan Honda Dipanggil Balik

46,710 Unit Kenderaan Honda Dipanggil Balik

June 11, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda CR-VSUSULAN masalah beg udara, Honda Malaysia sekali lagi mengeluarkan kenyataan dengan memanggil semula 46,710 unit meliputi beberapa model keluarannya yang dikilangkan di antara 2003 hingga 2009.

Inisiatif yang diambil oleh Honda Malaysia menerusi kempen itu adalah bagi menggantikan alat pengembung beg udara baharu pada bahagian pemandu dan penumpang hadapan. Mengikut rekod, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan akibat kerosakan pada bahagian beg udara. Walau bagaimana, ia tidak melibatkan model baharu Honda yang dikilangkan bermula 2009 dan ke atas.

Berikut adalah antara beberapa model mengikut tahun yang terlibat;

  1. City (2008 – 2009)
  2. Civic (2007 – 2009)
  3. Jazz (2007 – 2009)
  4. Accord (2003 – 2007)

Dalam pada itu, Honda Malaysia akan menghantar notis kepada semua pemilik yang terlibat untuk membuat temu janji di pusat servis bertauliah seluruh negara bagi proses penggantian.

Kerja-kerja penggantian akan dilakukan sebaik sahaja alat ganti sudah ada dan semua kos penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.

Pelanggan juga boleh memeriksa status kenderaan masing-masing dengan menghubungi talian tol percuma  1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda.

MODEL TERLIBAT PADA BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN

MODELTAHUN DIKILANGKAN
City2008 - 2009
Civic2007 - 2009
CR-V2007 - 2008
Jazz2007 - 2009

MODEL TERLIBAT PADA BAHAGIAN PEMANDU

MODELTAHUN DIKILANGKAN
Accord2003 - 2007

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda Accord, Honda City, Honda Civic, Honda CR-V, Honda Jazz, Honda Malaysia, Panggil Balik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev