• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Sambut Honda PCX dengan Lancar NMAX 'Facelift'

Yamaha Indonesia Sambut Honda PCX dengan Lancar NMAX 'Facelift'

December 12, 2017 By Aryon 1 Comment

494
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK lama selepas Honda menyiarkan foto teaser PCX 150 serba baharu yang dijadualkan dilancarkan 13 Disember ini (esok), Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) terlebih dahulu mengumumkan model NMAX 155 versi 2018 dengan menampilkan beberapa perubahan minor.

Ini sedikit sebanyak melegakan hati peminat Yamaha yang sedang berkira-kira mahu membeli skuter maxi sekitar awal tahun hadapan. Naik taraf minor NMAX membabitkan beberapa perubahan seperti rim aloi yang kini disepuh emas, upholsteri baharu lebih elegan, spidometer dengan latar belakang ala Yamaha Aerox 155 dan suspensi baharu.

SUSPENSI BAHARU, POSISI TUNGGANGAN LEBIH ERGONOMIK

Perubahan paling menjadi tumpuan sudah tentu sistem suspensi baharu yang mana karakter sebelum ini agak tidak sepadan dengan ergonomik motosikal. Jadi penggunaan suspensi baharu Kayaba adalah penyelesaian kepada masalah tersebut kerana memiliki julat suhu lebih luas dengan jumlah minyak lebih banyak. Malah, sistem suspensi ini juga boleh dipasang pada model NMAX 155 lama. Mudahnya, NMAX 155 versi 2018 kini lebih santai.

Kemasan upholsteri turut dinaik taraf dengan trim benang kontras dan logo cetak timbul. Penampilan upholsteri baharu itu jelas menyerlahkan kesan elegan skuter tersebut yang pertama kali dilancarkan di Indonesia pada 2015.

BACA >>> Yamaha NMAX dengan 2 Warna Baharu - Harga Kekal, Tapi Sampai Kedai Kami Tak Jamin!

Spidometer turut berubah menerusi paparan LCD terbalik ala Aerox 155 dan Xabre 150. Namun, ada sesetengah peminat tidak berpuas hati dengan rekaan paparan info yang berkotak, tetapi diletakkan dalam panel meter berbentuk bulat. Nampak seakan tidak serasi. Namun, kelebihannya, pemilik Nmax lama turut berpeluang menaik taraf panel meter jentera mereka.

Akhir sekali ialah penampilan rim aloi emas yang khabarnya menjadi trend di kalangan penunggang motosikal di Negara Seberang itu. Warna baharu pula turut ditambah, dan paling menarik perhatian ialah biru.

HARGA NAIK TIDAK BANYAK

Penaiktarafan tersebut menyaksikan kenaikan harga sekitar Rp600,000 (RM171) bagi setiap varian yang dirasakan tidaklah terlalu mendadak. Namun, persoalan yang kini bermain dalam minda peminat dan pemerhati dunia dua roda Indonesia, mampukan Nmax 155 versi 2018 menandingi Honda PCX 150 versi tempatan? Ini termasuk kehadiran varian hibrid yang turut diperkenalkan Honda.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Yamaha NVX 155 Lebih Mahal Berbanding NMAX

Apa yang pasti, kehadiran NMAX 155 versi 2018 dibuat untuk menyambut ketibaan Honda PCX 150 serba baharu di Indonesia. Malaysia? Honda dan Yamaha tidak perlu bergaduh kerana pasaran skuter maxi tidaklah kritikal sangat untuk saling berlawan-lawan. Lainlah super moped berkuasa halilintar! Pasti bergegar seluruh Malaysia dibuatnya!

Warna Baharu Yamaha NMAX
Yamaha NMAX Malaysia warna baharu
Yamaha NMAX 155 Indonesia versi 2018

Sebenarnya, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) juga baru saja melancarkan NMAX warna baharu pada bulan lalu. Gambar di atas adalah perbandingan antara NMAX Malaysia warna baharu dan NMAX 155 Indonesia versi 2018. Mana lagi cantik dan memikat?

GALERI

SUMBER: Yamaha Indonesia

Related

494
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, roda2, skuter, skuter maxi, Yamaha, Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), Yamaha NMAX, Yamaha Nmax (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my