• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusat 3S Mazda Baharu Di Permas Jaya

Pusat 3S Mazda Baharu Di Permas Jaya

June 11, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Pusat 3S Mazda Permas Jaya - Pandulaju.comAZAM Motors Sdn Bhd, pengedar Mazda membuka pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Permas Jaya, Johor Bahru dalam usaha memberikan perkhidmatan selepas jualan lebih baik buat pelanggannya.

Menelan kos pelaburan sebanyak RM3 juta, pusat 3S yang dibina atas tapak berkeluasan 45,000 kaki persegi dilengkapi pelbagai kemudahan terkini demi keselesaan pemilik kenderaan Mazda khususnya.

Pusat 3S Mazda Permas Jaya - Pandulaju.comDengan kekuatan seramai 19 mekanik bertauliah, ia menyediakan sembilan ruangan servis yang mampu menyenggara sehingga 50 unit kenderaan dalam masa sehari.

Selain 3S Mazda Permas Jaya, Azam Motors yang mula menjadi pengedar Mazda sejak dari 1984 turut memiliki dua lagi pusat pamerannya yang lain di Skudai dan Kulai.

Sehingga kini, Mazda mempunyai 78 pengedar di seluruh negara di mana 31 daripadanya adalah pusat 3S.

 PUSAT 3S PERMAS JAYA:

Lot 103394, Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru.

  • Hubungi: 07- 3871188 (Jualan) / 07- 3879988 (Servis) Pusat 3S Mazda Permas Jaya - Pandulaju.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Azam Motors Sdn Bhd, mazda, Permaz Jaya, Pusat 3S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev