• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Cafe Racer Elektrik Paling Mampu Milik Buka Tempahan - RM20k Sahaja

Cafe Racer Elektrik Paling Mampu Milik Buka Tempahan - RM20k Sahaja

December 8, 2017 By Aryon Leave a Comment

840
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG tidak dapat dinafikan pasaran motosikal elektrik semakin berkembang dan di luar sana ada banyak pengeluar terkenal, termasuk tidak ternama terbabit dalam pembuatan jentera EV itu. Baru-baru ini, pereka Sepanyol dengan sebuah kilang China menghasilkan jentera cafe racer elektrik yang cukup seksi pada harga munasabah

Projek kolaborasi itu adalah usahasama antara pereka dan artis multidisiplin yang berpangkalan di Barcelona, Pablo Baranoff, dan warga Rusia, Alex Guliyants, yang juga Pengarah Urusan di firma kenderaan elektrik China, East Gem atau lebih dikenali sebagai Denzel.

Baranoff mempunyai pengalaman luas dalam merekabentuk basikal elektrik, manakala kilang Guliyant pula berpengalaman menjalankan operasi pengeluaran. Asas idea dua rakan kongsi itu adalah cuba menghasilkan motosikal elektrik yang bukan saja cantik dipandang, tetapi juga mampu milik dan reliabel dengan menjadikan model Honda klasik sebagai inspirasi.

COOL, MAMPU MILIK DAN RELIABEL

denzel-e-cafe-racer-4
denzel-e-cafe-racer-7
denzel-e-cafe-racer-8
denzel-e-cafe-racer-9

Baranoff mengaku dia tiada pengalaman merekabentuk motosikal, ataupun mengikuti perkembangan dunia custom yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantunya menjayakan projek berkenaan. Tetapi pereka dari Sepanyol itu mengakui meluangkan masa berminggu-minggu lama melayari Internet untuk mengkaji tentang jentera cafe racer.

Walaupun mengakui meminjam beberapa elemen daripada motosikal sedia ada untuk menggabungkan bersama dua mesin, tetapi Baranoff bermula daripada lakaran kosong. Dia turut membuat kajian tentang aspek dan mekanisme penting pada jentera untuk kegunaan harian dan meneliti sebarang komponen tidak perlu yang boleh dihilangkan.

Akhirnya, lengkaplah dua jentera dengan nama julukan 'Honda Electric Cafe Race 1 dan 2' yang siap dengan ciri praktikal yang tampak cukup cool pada harga berpatutan dan dibina untuk bersaing dengan motosikal 125cc sedia ada.

120KM SEKALI CAS

Jentera tersebut dipacu motor pacuan tengah 7,500W yang dikuasakan bateri litium-ion Panasonic 72V. Kelajuan maksimum mampu mencapai 100kmj dengan jarak perbatuan sejauh 120km dan berat kerb yang cuma 72kg.

Kedua-dua jentera memuatkan pengawal Kelly KLS 7218SW, pembrekan jana semula, kunci akses tanpa wayar dengan penggera, kompartmen  storan kecil, rim 17-inci, fungsi kawalan jelajah, spidometer dan takometer, dan paparan digital atas tangki yang menunjukkan paras bateri, voltan dan tenaga.

East Gem buat masa kini sudah membuka tempatan untuk motosikal kecil itu dan kedua-dua model akan mula dihantar menjelang Tahun Baru 2018. Pembeli juga ditawarkan diskaun 30 peratus jika sanggup meletakkan wang deposit separuh harga daripada nilai jualan AS$5,000 (RM20,418).

Jentera cafe racer itu turut didatangkan dengan waranti lima tahun. Sebarang butiran lanjut boleh terus ke laman web East Gem.

GALERI

SUMBER: RideApart

Related

840
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cafe racer, Denzel, East Gem, motosikal, motosikal elektrik, motosikal EV, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev