MEMASUKI tahun ke-4 penganjuran, Art of Speed 2015 sekali lagi menggegarkan dunia klasik, OldSkool dan seni kustom permotoran Malaysia pada hujung minggu lalu berlangsung meriah apabila berjaya mencatatkan seramai 47,000 kehadiran pengunjung.
Acara yang berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2015 lalu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor itu berjaya memperkenalkan budaya Oldskool dan Kustom Kulture untuk terus berkembang dan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk semua peminat.
Bagi memeriahkan lagi acara, empat orang pembina khas dari Lembah Klang bersaing untuk melengkapkan ciptaan motosikal binaan khas dengan bajet tunai sebanyak RM10,000 dalam tempoh dua bulan.
Omar@Maharani Jumiran dinobatkan sebagai juara Pertandingan Motorsikal Binaan Khas Triumph AOS. Omar memenangi kontrak 1 tahun sebagai pembina khas rasmi Fast Bikes Sdn Bhd iaitu pengedar eksklusif motosikal Triumph di Malaysia. Bagi cabutan bertuah, Anis Sabrina Mohd Sabaruldin, 33, menjadi pengunjung bertuah dan membawa pulang motosikal binaan khas Triumph.
Sementara itu, antara ikon antarabangsa dalam industri ini yang turut hadir adalah Scott “T-Bone” Jones dari Noise Cycles USA, Andy Carter dari Pangea Speed USA, Shige Suganuma dari MOONEYES Japan, Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com Japan, Kimura Kengo dari Heiwa Motorcycles Japan, Masa dari Luck MC Japan, The Nash dari Burnout Magazine Japan dan kumpulan artis pinstripe dari Jepun; Wildman, Makoto, Mr. G, Jetwrench dan Boo.
SENARAI PEMENANG ACARA SHOW & SHINE ART OF SPEED 2015:
Best of Show Automobile
Juara : Hatish Mayer from Mayer Carz Restorations
Kenderaan : 1967 Chevrolet Impala Fastback 454
Best of Show Motorcycle
Juara : Strokers
Kenderaan :1941 Matchless G3L
MOONEYES Pick
Juara : Zat Asyraff Takiyuddin
Kenderaan :1965 Beetle 1200
Automobile Category
- Best of 60’s – Ahmad Zunairi
- Best of 70’s – Wadi PT
- Best of JDM – Backwheels Bitches – Zee 180 SX
- Best of Custom Retro Pick-up – Sudhar Maikel
- Best of Van Culture – Backwheels Bitches Kean Yap
- Best of Radikal (Classic and Modern) – First Mile Auto
- Best of Custom VW Aircooled – Wan Ahmad Rafshanjani
- Best of of K-Car – Nor Azizi Ismail
- Best of USA – Brian Wong
- Best of Custom Continental – Mohd Isa Othman
- Best of Rat Look – Kean Yap
Motorcycle Category
- Best of Chopper – Gimme Shelter
- Best of Bobber – Strokers
- Best of Cafe Racer – Shahrizan Mahful
- Best of Modified Harley-Davidson – Beautiful Machines
- Best of Jap Style & Tracker – Maz Zaqquan
- Best of Restored Classic Scooter – Shamsul Kodry
- Best of Street Cub & Choppy – Tan Ving Hing
- Best of Radikal Street Cub & Ruckus – Suhardi Pardi
- Best of Restored Retro Japanese – Ahmad Budiman
- Best of Restored Classic Continental and American – Strokers
Lowrider Bicycle Category
- 12”, 16” & 20” wheel lowrider – Rohaizad
- 24”, 26” & open wheel lowrider & limousine – Mohd Zulfaiz Zulkini
Leave a Reply