• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / TVS Apache RR 310, Kembar G 310 R Tanpa Lencana BMW

TVS Apache RR 310, Kembar G 310 R Tanpa Lencana BMW

December 7, 2017 By ZY 5 Comments

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TVS Motor Company pernah menjalinkan kerjasama dengan BMW untuk menghasilkan streetbike sesaran rendah keluaran sulung pengeluar Jerman itu, G310R. Kini pengeluar motosikal dari India itu baru saja melancarkan sportbike baharu berasaskan streetbike BMW tersebut, dinamakan Apache RR 310.

Asasnya, banyak komponen G310R yang dikekalkan. Apache RR 310 masih membawa nadi silinder tunggal songsang 310cc  dengan output kuasa sama, 34hp dan cuma ditala rev lebih tinggi pada 9,700rpm berbanding 9,500rpm untuk G310R. Tork juga dilaraskan 200rpm lebih tinggi, dengan tork 27.3Nm @ 7,700rpm.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Bunyi Ekzos BMW G 310 R Apabila Enjin Dihidupkan

Dari segi pengendalian, suspensi Kayaba dan brek ByBre turut dikekalkan, manakala rekabentuk frem pula menerima sedikit perubahan dengan posisi peg kaki pembonceng disambung terus kepada subfrem belakang. Apache RR 310 juga menggunakan sepasang rim dan tayar daripada kembarnya itu.

Foto intip BMW S1000RR (2018) yang tersebar di Internet

Menariknya, rekabentuk Apache RR 310 sangat mirip dengan BMW S1000RR (2018) yang bakal dilancarkan pada 2019. Malah, boleh dilihat rekaan apit tripel (triple klamp) sama seperti superbike BMW itu.

BACA >>> 36 Foto Ini Pasti Buatkan Anda Terpikat dengan BMW G 310 R

Buat masa ini, tiada khabar berita sama ada BMW bakal melancarkan model itu di bawah alias G310RR, tetapi kami tidak menolak kemungkinan Apache RR 310 bakal membuka jalan dalam pembuatan sportbike BMW versi mampu milik.

SPESIKASI

TVS APACHE RR310

ENJIN: 4-lejang, silinder tunggal 312.2cc DOHC penyejukan cecair, reverse inclined
KUASA MAKSIMUM: 34hp @ 9,700rpm
TORK MAKSIMUM 27.3 Nm @ 7,700rpm
KELAJUAN MAKSIMUM: 160kmj
PECUTAN 0-100KMJ: 7.17 saat
TRANSMISI: Sirat Malar 6-kelajuan
BERAT BASAH: 169.5kg
NISBAH KUASA-BERAT: 0.147kW/kg
KAPASTI BAHAN API: 11 liter
TINGGI PELANA: 810mm
KELEGAAN BUMI: 180mm
TAYAR: 110/70-R17 (depan); 150/60-R17 (belakang)
BREK: Cakera tunggal petal 300mm (depan); Cakera tunggal petal 240mm (belakang)

Related

3.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: apache rr310, BMW G310R, BMW-TVS, g310r, motosikal, roda2, sportbike, TVS, tvs apache

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my