• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Google Maps Perkenal 'Mod Motosikal' untuk Penunggang India, Negara Lain Bakal Menyusul

Google Maps Perkenal 'Mod Motosikal' untuk Penunggang India, Negara Lain Bakal Menyusul

December 6, 2017 By Aryon 2 Comments

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GOOGLE Maps dilaporkan memperkenalkan fungsi mod motosikal untuk versi terkini aplikasi itu yang membolehkan penunggang mengetahui dan merancang masa perjalanan lebih tepat. Bagaimanapun, kemas kini terbaharu itu cuma dikhaskan untuk India sahaja yang menjadi sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Google for India'.

Androidpolice.com melaporkan fungsi mod 'Two Wheeler' itu disepadukan dalam versi terkini Google Maps, v9.67.1 yang siap sedia dinaik taraf. Sama seperti mod pengangkutan lain, mod tersebut akan cuba mencari laluan paling efisien dan terbaik, termasuk mengenal pasti jalan-jalan yang ditutup dan kawasan parkir di destinasi dituju.

BACA >>> Apple Upah Jurutera GPS Pertingkat Kualiti Navigasi

Keputusan Google melancarkan fungsi itu di India boleh dianggap munasabah memandangkan negara itu adalah pasaran motosikal terbesar dunia. Malah, banyak kawasan di India masih belum sempurna, termasuk tidak dapat dilalui kereta. Jadi pengguna jalan raya di sana lebih memerlukan navigasi menggunakan motosikal berbanding kereta.

Mod Two Wheeler dalam Maps akan memaparkan laluan trip dengan menjadikan 'jalan pintas', yang tidak dapat diakses kereta dan trak, sebagai jalan utama. Aplikasi tersebut juga akan menyediakan gambaran trafik dan anggaran masa tiba.

LANDMARK UTAMA SEBAGAI PEDOMAN

Memandangkan ramai penunggang India bergantung kepada mercu tanda atau landmark tempatan (dalam bentuk bangunan utama, papan tanda, dan seumpamanya) untuk mencari lokasi dituju, mod itu bakal memaparkan sebarang objek bantuan yang ada sepanjang laluan navigasi sebagai kemudahan penunggang supaya dapat merancang perjalanan sebelum bergerak. Jadi, tidaklah perlu sentiasa menatap skrin telefon ketika menunggang.

BACA >>> DIY Pemegang Telefon Bimbit Buat Mereka yang Jimat Cermat (Kedekut)

Selepas India, mod motosikal untuk Google Maps juga akan dilancarkan di banyak negara lain dalam beberapa bulan akan datang. Tidak diketahui apakah mod baharu itu akan ditawarkan untuk Malaysia. Tetapi jika mengambil kira Indonesia dan negara jiran lain sebagai antara pasaran motosikal terbesar di rantau Asia Pasifik, ada kemungkinan juga mod tersebut akan dilancarkan untuk negara-negara Asean.

Pada masa sama, aplikasi navigasi Waze turut mengumumkan mod motosikal yang akan mengoptimumkan laluan berasaskan pengalaman sebenar penunggang, dan turut menjadikan laluan yang tidak dapat diakses kereta sebagai opsyen jalan-jalan utama. Ciri baharu Waze itu sudah pun diperkenalkan di Malaysia. Siapa pernah guna?

SUMBER: Visor Down

Related

140
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Google, Google Maps, mod motosikal, roda2, Two Wheeler mode

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev