• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / India Lancar Maruti Suzuki CelerioX, Hatchback Mini Versi Crossover

India Lancar Maruti Suzuki CelerioX, Hatchback Mini Versi Crossover

December 6, 2017 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


MARUTI Suzuki India (MSI) melancarkan model hatchback mini, Celerio versi crossover dengan nama baharu, CelerioX pada harga bermula ₹457,000 (RM28,860) untuk varian basis, VXI MT, hingga varian paling premium, ZXI AMT, ₹542,000 (RM34,228)

Model hatchback mini gaya crossover itu dibina berasaskan versi Celerio facelift 2017 dengan menaik taraf aspek kosmetik supaya tampil lasak dan agresif. Perubahan besar dilakukan adalah bahagian depan menerusi gril baharu, bampar dan litup (clad) plastik yang memanjang sepanjang bawah pintu kereta dan gerbang roda.

CelerioX turut mendapat kemasan hitam berkilat pada gril, lampu kabus, litup, rel bumbung, pilar-B dan aksen dalaman. Rekabentuk rim aloi kekal sama, tetapi turut didatangkan dalam kemasan hitam.

BACA >>> #RetroAuto: Volkswagen Hampir Cipta Sejarah di India, Tetapi Syarikat Jepun yang Menang Kontrak

Menurut Pengarah Eksekutif Senior (Jualan dan Pemasaran) MSI, R S Kalsi berkata, Celerio sendiri berjaya meletakkan diri pada kedudukan unik dalam segmen kereta kompak yang cukup kompetitif di India. Justeru dengan CelerioX, MSI melakukan perubahan berani, bergaya dan sporty dengan menjadikan golongan muda sebagai sasaran pembeli.

ENJIN KEKAL SAMA

Beg Udara Pemandu Semua Varian
Beg Udara Pemandu Semua Varian
Teknologi Transmisi AGS
Teknologi Transmisi AGS
Enjin K10B 1.0L
Enjin K10B 1.0L

Tiada perubahan mekanikal dibuat, CelerioX masih dikuasakan enjin K10B 3-silinder 1.0L berkuasa 67hp pada 6,000rpm dan tork 90Nm (3,500rpm) dengan transmisi manual 5-kelajuan (MT) atau auto-manual (AMT), dinamakan teknologi Auto Gear Shift (AGS) untuk lebih keselesaan pemanduan.

Beg udara pemandu diberikan sebagai ciri keselamatan standard untuk semua varian, manakala beg udara penumpang depan dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) didatangkan sebagai opsyen tambahan untuk varian (O).

BACA >>> Maruti Suzuki Dzire (2018) - 'Swift Sedan' Ini Bakal Jadi Kegilaan India

Ada lapan varian ditawarkan: VXI MT, VXI MT (O), VXI AMT, VXI-O AMT, ZXI MT, ZXI MT (OPT), ZXI AMT, dan ZXI-O AMT. Warna pula terdapat lima pilihan: Orange (jingga), Arctic White (putih), Glistening Grey (kelabu), Caffein Brown (cokelat) dan Torque Blue (biru).

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Gear Shift (AGS), Crossover, hatchback mini, Maruti Suzuki India (MSI), Roda4, Suzuki, Suzuki CelerioX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev