• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #LAAS2017: Nissan Kicks Tiba di Amerika, Hulurkan Salam kepada Honda HR-V, Mazda CX3

#LAAS2017: Nissan Kicks Tiba di Amerika, Hulurkan Salam kepada Honda HR-V, Mazda CX3

December 2, 2017 By Han Othman Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN akhirnya membawa masuk Kicks ke Amerika Utara sempena Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2017 selepas terlebih dahulu melakukan debut di Brazil, Mexico dan China.

Dalam famili kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan, Kicks duduk di bawah Rogue Sport, sekali gus menambah jumlah keseluruhan SUV Nissan kepada enam model. Di atas kertas, Kicks akan berentap dengan Honda HR-V dan Mazda CX-3. Ada khabar angin mendakwa Kicks bakal menggantikan Juke, tetapi sumber Nissan memberitahu kedua-dua model berkenaan akan dikekalkan.

Kicks bakal dikuasakan enjin generasi ketiga aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.6L berkuasa 125hp dan tork 155Nm dengan dipadankan Transmisi Variabel Berterusan (CVT) yang disalurkan kepada sistem pacuan roda depan (FWD). Transmisi manual dan pacuan semua roda (AWD) tidak ditawarkan, manakala penggunaan bahan api dianggarkan 33mpg (batu per gelen) atau 14.03kml (kilometer per liter).

KEMASAN DUA TONA

nissan-kicks-3
nissan-kicks-8
nissan-kicks-7
nissan-kicks-16
nissan-kicks-18
nissan-kicks-15

Ada 7 warna ditawarkan bersama 5 kombinasi dua tona. Pembeli boleh memilih kemasan bumbung hitam yang digabungkan bersama warna badan putih, jingga atau merah, ataupun berbumbung jingga dengan warna badan kelabu, ataupun berbumbung putih dengan warna badan biru.

Jumlah keluasa dalam ialah 3,114 liter, dengan 707 liter di sebalik tempat duduk baris kedua untuk ruang kargo. Crossover ini turut dibekalkan paparan infotainment yang dipasang di tengah papan pemuka 'Gliding Wing' dan mampu menyokong ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Kicks varian premium akan memuatkan sistem bunto Bose Personal Plus dengan pembesar suara 2.5 inci yang dimuatkan di sebalik penyandar kepala pemandu. Walaupun memiliki garis bumbung ala coupe, tetapi Kicks adalah antara SUV yang menawarkan ruang kargo paling luas dalam kelasnya.

TIGA VARIAN PILIHAN

Menurut Nissan, aspek keselamatan turut menjadi prioriti menerusi teknologi Amaran Rempuhan Depan (FCW), brek kecemasan automatik (AEB), lampu utama adaptif dan 7 beg udara yang diberikan sebagai ciri standard. Kicks (2018) akan ditawarkan dalam 3 varian - Kicks S, Kicks SV dan Kicks SR. SUV subkompak ini dijangka dijual pada harga di bawah AS$19,000 (RM77,711) menjelang Jun 2018.

Melihat rekabentuk ditawarkan, rasanya tidak sukar Kicks menawan hati pembeli Malaysia jika model tersebut dibawa masuk ke negara ini. Apatah lagi jika dijual pada harga kompetitif seperti pesaing sedia ada, siapa lagi kalau bukan Honda HR-V.

Cantik dan berkenan?

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), LAAS2017, Nissan, Nissan Kicks, Pameran Auto Los Angeles (2017), Roda4, SUV, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev