• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #LAAS2017: 6 Fakta Tentang Subaru Ascent (2019) yang Perlu Anda Tahu

#LAAS2017: 6 Fakta Tentang Subaru Ascent (2019) yang Perlu Anda Tahu

December 1, 2017 By Azhan O Leave a Comment

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBARU mendedahkan model crossover tiga baris tempat duduk, Ascent (2019) serba baharu, khas buat golongan famili besar sempena Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2017 yang sedang berlangsung masa ini. Kebetulan di Malaysia, Subaru baru saja melancarkan model crossover kompak, XV (2018), tetapi tidak diketahui sama ada Ascent akan menjengah pasaran tempatan.

Mengenai Ascent, anda mungkin sudah baca banyak artikel panjang berjela mengenai crossover itu, tetapi terlupa. Apa kata kami segarkan semula ingatan anda tentang fakta penting mengenai Subaru Ascent (2019):

1. TRENKUASA TURBO

Memandang ini ialah model terbesar Subaru, pengeluar dari Jepun itu berbesar hati membekalkan enjin boxer bersesaran 2.4L yang siap disertakan sistem pengecas turbo. Hasilnya sangat tidak mengecewakan kerana Ascent mampu menghamburkan kuasa setinggi 260hp dan tork 375Nm!

Kotak gear automatik jenis transmisi variabel berterusan (CVT) adalah standard bagi semua varian, dan turut dipadankan sistem pacuan semua roda simetri, atau Symmetrical All-Wheel Drive (S-AWD). Sebelum terlupa, Subaru mendakwa enjin turbo ini tidak memerlukan bahan api premium. Mungkinkah mesra RON 95?

2. KUASA TUNDA LEBIH 2 TAN

Subaru Ascent (2019) mampu menunda sebarang beban seberat 2,267kg atau 2.26 tan, sekali gus menjadi model Subaru paling berkuasa dalam sejarah pengeluar automobil dari Negara Matahari Terbit itu. Kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut turut memilik jarakan kelegaan tanah setinggi 8.7 inci, sudut dekat (approach angle) 17.6 inci dan sudut lencong (departure angle) 21.8 inci.

3. MESRA KELUARGA

Ada 8 port USB disediakan, ada fungsi WiFI bergerak dan ada palam 120v. Paling tidak masuk akal ada 19 pemegang cawan diberikan! Ini nak berkelah dalam kereta ke apa?

4. TETAPAN TEMPAT DUDUK FLEKSIBEL

2019-Subaru-Ascent-16
2019-Subaru-Ascent-15
2019-Subaru-Ascent-14
2019-Subaru-Ascent-22

Siapa saja yang memberli kenderaan bersaiz besar, mereka semestinya mahu mendapatkan ruang duduk yang luasa dan selesa untuk keluarga. Dengan Ascent (2019), tiga baris tempat duduk mampu menampung 8 penumpang dewasa pada satu-satu masa.

Semua varian, kecuali basis ditawarkan sama ada dua kerusi kapten atau tiga kerusi sebaris untuk tempat duduk baris kedua tanpa sebarang kos tambahan. Kerusi di baris kedua turut dibekalkan ciri penghangat dan mudah lipat-lungsur bagi memudahkan akses penumpang ke baris ketiga. Ruang kargo pula menawarkan keluasan 2,055 liter.

5. KESELAMATAN DIUTAMAKAN

Teknologi Subaru's EyeSight ditawarkan kepada semua varian sebagai ciri standard. Dalam sut keselamatan itu, pengguna diberikan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Pra Perlanggaran Automatik (PCB), Amaran Lencong (LDW), dan Penguruan Terotel Pra Perlanggaran (PCTM).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Teknologi Keselamatan Perlanggaran (Crash Safety Technology)?

Malah, selepas mengambil kira keupayaan Ascent (2019) melakukan tundaan  hingga maksimum lebih 2 tan, Subaru melengkapkan lagi SUV itu dengan sistem Kawalan Stabiliti Treler (TSC) yang mampu mengekalkan laluan kenderaan ketika melakukan tugas menunda.

6. HARGA KOMPETITIF

Di Amerika Syarikat (AS), harga Ascent (2019) dalam segmen crossover bersaiz besar dianggap cukup kompetitif jika dibanding dengan pesaing setara seperti Honda Pilot dan Toyota Highlander dengan harga serendah AS$30,000 (RM122,685) untuk varian paling basis. Jualan dijadualkan bermula pada awal musim panas tahun hadapan.

GALERI

Related

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), LAAS2017, Pameran Auto Los Angeles (2017), Roda4, Subaru, Subaru Ascent (2019), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev